Thursday, March 22, 2012

Kuih ketayap

Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan air suam (tapi boleh juga guna santan )
1 sudu teh garam,
pewarna hijau
1 sudu besar majerin dicairkan
sedikit minyak utk disapu pada kuali

Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
2 sudu besar gula
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/jagung/tepung kastard
Cara Penyediaan

1. Untuk inti: masak gula merahdan gula  dengan sikit air kemudian tapiskan .masuk kan kelapa parut
2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
3. Untuk dadar : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis
4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.
(Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.)

1 comment:

Rohah said...

licin mulus permukaan ketayap akak..

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...