Tuesday, March 27, 2012

Donut Keledek


  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung 
  • 1 biji telur -  dipukul sedikit
  • 200 ml air suam -  reen lebihkan air sebab guna 1biji telur saja
  • 3 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula
  • 3 sudu kecil yis - 


Caranya.

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit.  kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

2 comments:

Unknown said...

Cantik n gebu donut Reen ni, akk belum cuba donut keledek.

Gee® said...

Oh donut... aku tergoda laaa...gebus banget!

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...