Wednesday, February 15, 2012

Sweet & Sour Prawns

Bahan-bahan:
300 gm udang besar - jangan dibuang kulit, bersih dan tuskan
1 sudu besar bawang putih - dicincang
1 sudu besar bawang merah - dicincang
1 sudu besar halia - dicincang
1 sudu besar cili merah - dicincang
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan-bahan untuk perisa:
2 sudu besar sos cili Thai
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil gula
2 biji limau kasturi - diperah jusnya
Sedikit serbuk lada sulah
1 sudu kecil tepung jagung } dibancuh
2 sudu besr air                  } hingga tidak bergentel
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Goreng udang hingga masak.
3. Angkat dan ketepikan.
4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan dua sudu besar minyak.
5. Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan cili merah.
6. Kacau hingga naik bau.
7. Kemudian, masukkan udang. Kacau hingga rata.
8. Masukkan bahan-bahan perisa dan kacau lagi sehingga rata.
9. Angkat dan hidangkan

7 comments:

rahel said...

Uwaaa...awal2 lagi dah goda gue ngan sweet n sour prawns..gue ngeces tengok..adoii.

Qasey Honey said...

asslm kak...
nmpk sedap sgt lauk udang tu...
terasa lapo la pula tgk...
nmpknya lps ni kena cri udang la nk msk cm gini pula...
tq resepi...nk cuba nti...

Qasey Honey said...

asslm kak...
nmpk sedap sgt lauik udang tu...
bleh la nk cuba jugak nti...corrector AsHeec

Gee® said...

besoooornya udang....

Amie said...

Aduiiii.... cantiknya sweet & sour prawns! Tak boleh tengok lama-lama... rasa nak cungkil skrin aje... he he hehh

faa.rosli said...

tg udang ni teros berkerriuk perot...srruupp!

Mas said...

as salam dan salam perkenalan dr sy :) nampak sedap dan menyelerakan sweet & sour prwns tu

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...