Wednesday, February 1, 2012

Laksa sarawak

          
       Laksa Sarawak
         Bahan bahan untuk 5-6 orang
  • 200 g pes haji manan  atau perencah laksa liza's
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo  udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh atau timun di potong halus(dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. 
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. 
  4. Hidangkan panas-panas. 
  5. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering atau sambal belacan

6 comments:

Cik Kamoo said...

SEDAPNYE KAK LAKSA SARAWAK NIE....feberet! Mana nak dapat perencah laksa tu kak?

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam Reen, akak teringin sangat nak makanlaksa sarawak ni..mana nak dapatkan pes laksa Liza ni...akak tak pernah jumpa di sini

Rohah said...

Tak pernah makan lg laksa Sarawak..same rasa mcm laksa kat smenanjung ke kak?

REEN KHAN said...

salam cik kamoo
saya ada menjual secara online pes laksa sarawak jenama liza's
sila pm saya di fb atau sms saya 014 646 1210

REEN KHAN said...

salam paty's kitchen
saya ada menjual secara online pes laksa sarawak jenama liza's
sila pm saya di fb atau sms saya 014 646 1210

REEN KHAN said...

salam rohah
jika kena dgn pes nya amat sedap.. pedas2 bercampur masam2 dan wangi dengan aroma rempahnya yang istimewa

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...