Monday, January 9, 2012

Sup Telor Bersuhun

Bahan-bahan:

4 biji telur ayam di celur dlm air panas

(tips untuk menbuat telor ini .pecah kan telor ke dalam senduk

dan masukan ke dalam air panas yang mendidih)

keluar telor dan asing ke dalam mangkuk

2 ulas bawang merah

1 ulas bawang putih

100gm suhun | direndam hingga lembut

100gm tahu kering direndam hingga lembut

sedkit daun sup dan daun bawang| dihiris

1 kiub pati ayam

1 btg kecil karrot di potong nipis

ubi kentang di potong kecil direbus empuk

Garam dan sedikit serbuk lada sulah

bawang goreng untuk hiasan

Air secukupnya

Cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik baunya.

2. Masukkan lada sulah dan kiub pati ayam.

3. Kemudian tuangkan air dan biarkan mendidih seketika.

4. Apabila mendidih,ubi kentang yg telah direbus empuk, suhun dan tahu kering

5. Masukan telor yg di celur. Hidangkan bersama daun sup,daun bawang dan bawang goreng

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...