Tuesday, November 22, 2011

Mee Udang

Bahan-Bahan:
300 gm mee kuning (dikukus sebentar) 100 gm taugeh di celur sekejap sekilo udang dibersihkan 2 keping tauhu goreng (dihiris) 1 biji cili hijau (dihiris) 1 mangkuk stok udang atau mengikut puan2 jika nak pekat dan cair nya. 2 biji keledek (diblender halus campur air ) 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 2 biji bawang kecil (ditumbuk) 2 sudu besar cili kisar Garam & minyak masak.
Gula secukup rasa
1 kiub ayam
2 sudu besar gula merah. #Stok udang = kulit udang dan kepala udang di basuh bersih2 kemudian di rebus .tunggu sejuk dan blender halus kemudian tapis airnya jadi la stok udang.
Cara: Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih,bawang kecil & cili kisar hingga garing. Masukkan air, keledek yang telah diblender halus.masuk kan udang yang di kupas kulitnya. Masak hingga mendidih.masuk kan gula,garam,kiub ayam,dan gula merah. didihkan sebentar.kepekatan kuah ini seperti kuah mee jawa atau mengikut citarasa masing masing
Angkat & hidangkan Cadangan Hidangan:
Masukkan mee ,tahu goreng, tauge dan sawi (dikukus sebentar) ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan telur rebus, tauhu goreng limau kasturi dibelah 2,bawng goreng & cili hiris.

Saturday, November 19, 2011

HappY BirtHDaY To Me..

Semalam 19/11/2011 genap usia cik an ke 41 tahun.syukur pada allah.di kurniakan kesihatan yang sempurna . Terima kasih pada semua yang mendoakan dan mengucapkan hari lahir buat cik an semalam. Terima kasih suami dan anak anak saya yang meraikan hari lahir cik an semalam ..walaupun ringkas tapi bagi cik an sudah cukup bermakna kerana anak sulung pulang ke sarawak pada hari lahir cik an dan kami dapat meraikan sekeluarga. Terima kasih atas juga atas catitan ucapan di wall face book cik an,panggilan talipon,sms dan catitan di blog cik an jua.. terasa amat terharu.sangat2

Friday, November 18, 2011

Acuan kuih jala untuk di jual


BOTOL MUNCUNG TIGA UNTUK ACUAN KUIH JALA . JIKA BERMINAT SILA SMS/WHATSAPP SAYA (PUAN REEN)  0146461210 ATAU EMAIL SAYA :nor186a@yahoo.com.my

**SERIOUS BUYER ONLY **
.

Wednesday, November 16, 2011

Pulut Kuning

Lama betul tak singgah di dapur cik an.. mood untuk berblog macam hilang sahaja semenjak menjak ini.. entah la kenapa... jom la cik an cite pasal pulut kuning.. cik an buat khas buat anak dara cik pada 31/10/2011 sempena hari lahirnya yang ke 14 tahun. Rasanya macam baru sahaja melahirkan anak dara cik an yang bongsu ini .. masa begitu pantas berlalu.. Pulut ini macam biasa kena direndam semalaman dan di rendam bersama asam keping dan serbuk kunyit. petua untuk mendapatkan pulut kuning berkilat. Bahan bahan
  • 4 cawan beras pulut
  • (400ml) santan pekat
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • asam keping
  • daun pandan

Cara caranya

  1. Rendam pulut bersama serbuk kunyit semalaman atau sehingga pulut bertukar warna kuningbersama asam keping.
  2. Cuci dan toskan pulut dan kukus hingga 1/2 masak.masuk kan daun pandan
  3. Setelah 1/2 masak keluarkan dari kukusan dan masukkan dlm bekas. Kemudian tuangkan santan yang dicampurkan secukup garam ke dalam pulut tadi dan gaul hingga rata
  4. Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus hingga masak

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...