Tuesday, November 22, 2011

Mee Udang

Bahan-Bahan:
300 gm mee kuning (dikukus sebentar) 100 gm taugeh di celur sekejap sekilo udang dibersihkan 2 keping tauhu goreng (dihiris) 1 biji cili hijau (dihiris) 1 mangkuk stok udang atau mengikut puan2 jika nak pekat dan cair nya. 2 biji keledek (diblender halus campur air ) 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 2 biji bawang kecil (ditumbuk) 2 sudu besar cili kisar Garam & minyak masak.
Gula secukup rasa
1 kiub ayam
2 sudu besar gula merah. #Stok udang = kulit udang dan kepala udang di basuh bersih2 kemudian di rebus .tunggu sejuk dan blender halus kemudian tapis airnya jadi la stok udang.
Cara: Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih,bawang kecil & cili kisar hingga garing. Masukkan air, keledek yang telah diblender halus.masuk kan udang yang di kupas kulitnya. Masak hingga mendidih.masuk kan gula,garam,kiub ayam,dan gula merah. didihkan sebentar.kepekatan kuah ini seperti kuah mee jawa atau mengikut citarasa masing masing
Angkat & hidangkan Cadangan Hidangan:
Masukkan mee ,tahu goreng, tauge dan sawi (dikukus sebentar) ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan telur rebus, tauhu goreng limau kasturi dibelah 2,bawng goreng & cili hiris.

2 comments:

ady said...

AS-SALAM
WAHH!!! BESARNYE UDANG TU..SEDAP NPK MEE UDANG NI...

Sally Rashid said...

sedapnya...

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...