Wednesday, November 16, 2011

Pulut Kuning

Lama betul tak singgah di dapur cik an.. mood untuk berblog macam hilang sahaja semenjak menjak ini.. entah la kenapa... jom la cik an cite pasal pulut kuning.. cik an buat khas buat anak dara cik pada 31/10/2011 sempena hari lahirnya yang ke 14 tahun. Rasanya macam baru sahaja melahirkan anak dara cik an yang bongsu ini .. masa begitu pantas berlalu.. Pulut ini macam biasa kena direndam semalaman dan di rendam bersama asam keping dan serbuk kunyit. petua untuk mendapatkan pulut kuning berkilat. Bahan bahan
  • 4 cawan beras pulut
  • (400ml) santan pekat
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • asam keping
  • daun pandan

Cara caranya

  1. Rendam pulut bersama serbuk kunyit semalaman atau sehingga pulut bertukar warna kuningbersama asam keping.
  2. Cuci dan toskan pulut dan kukus hingga 1/2 masak.masuk kan daun pandan
  3. Setelah 1/2 masak keluarkan dari kukusan dan masukkan dlm bekas. Kemudian tuangkan santan yang dicampurkan secukup garam ke dalam pulut tadi dan gaul hingga rata
  4. Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus hingga masak

5 comments:

rahel said...

Salam Kak Reen..
selamat harijadi to Asrina...
cantiknye kek pulut kuning..berselera nampak.

REEN KHAN SHARIFF said...

wslm Rahel..
terima kasih atas ucapan tu .. hehhee biasa2 saja pulut kuning tu buat anak dara kak reen

Cheq Sue said...

amboi...baru 1st time tgk pulut kuning versi barbie ni...kreatif betul cik an ni

<-- said...

wahhh mmg terbaek ni ...kena cari anak patung princess la ni ..thanks Reen

<-- said...

wahhh mmg terbaek ni ...kena cari anak patung princess la ni ..thanks Reen

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...