Bahan-bahan :
1 biji betik muda, hiris memanjang, ketepikan
1 biji mangga muda, hiris memanjang, ketepikan
2 sudu makan kacang goreng – tumbuk kasar.
2-3 sudu makan sos ikan
1 sudu makan air limau nipis
1 sudu teh gula
1 biji buah tomato, belah 4
Bahan tumbuk :
1 ulas bawang putih
2 tangkai lada merah/ cili padi – tambah lagi jika mahu pedas
1 sudu teh udang kering, rendam air panas sampai kembang
Cara penyediaan :
Tumbuk bawang putih, lada dan udang kering. Masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan kacang goreng, betik dengan mangga muda. Gaul hingga sekata.
Tuangkan sos ikan, air limau nipis, gula dan tomato
Kacau hingga mesra dan sajikan segera.
2 comments:
Salam, K Reen...
Lama K Reen x bersiaran...
Sedapppnya kerabu tu... :)
wasalam.nurul
kak reen agak sibuk sedikit mengurus anak ke polly baru2 ini..
selepas tu dalam trauma berjauhan dengan anak .. maklum la x pernah berpisah..
try la ..kerabu tu simple je tapi berbaloi sedap
Post a Comment