Wednesday, May 4, 2011

Kuih Bom

Siapa kalah main Games  SCRABBLE ini kena BOM!!! hahaha melayan scrabble sambil di temankan hujan dan angin yang menderu deru... begitu indah dan enak nya mengunyah KUIH BOM ini sambil menghirup Kopi O.. aduh kalah la juga aku ini..alamatnya kena la bom masuk ke dalam mulut lagi dan lagi...

Bahan-bahan:-

Bahan2 untuk doh:-
200gm tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1  sudu kecil air kapur
200ml air (ejas sendiri pun boleh)
secubit garam
bijan secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan2 inti:
1/2 biji kelapa parut
60gm gula melaka/gula merah
20gm gula pasir
50ml air

Cara-cara:-
cara membuat inti:-
1. jerang gula melaka, gula pasir dan air sehingga larut
2. kemudian tapiskan ke dalam kuali dan masukkan kelapa parut
3. kacau di atas api sederhana panas sehingga inti agak kering
4. angkat dan biarkan sejuk sementara membuat doh

cara membuat doh:-
1. masukkan kedua2 tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan, kacau rata
2. kemudian masukkan air kapur dan air sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh dan tidak melekat ditangan
3. bahagikan doh kepada 15 biji dengan setiap satu seberat 30gm (saiz bergantung pada masing2) dan bentukkan menjadi bulat
4. setelah itu ambil satu doh tadi dan leperkan di atas tapak tangan dan isikan 1 camt inti kelapa, tutupkan semula doh tadi supaya menjadi bulat
lakukan proses ini sehingga habis doh tadi digunakan
5. ambil satu doh golekkan ke atas bijan supaya elok melekat menutupi keseluruhan
lakukan sehingga habis
5. panaskan kuali dengan minyak yang banyak dan gorengkan sehingga masak dan
keperangan angkat dan hidangkan
note: petua untuk kuih bom tidak meletup dan merekah - minyak mesti banyak dan biar digoreng terendam, minyak jangan terlalu panas, jangan digoreng terlalu lama, terus menggoreng selepas siap dibuat.

6 comments:

norlie said...

salam kenal dan salam ziarah..

Norehan Shariff said...

Norlie:
salam kenal juga dari saya... terima kasih..

ummiarissa said...

Salam kenal,
saya dah cuba buat ikut petua tu agar kuih bom tak merekah,tapi masih merekah juga.kalau sekejap je goreng (sbb takut garing sangat),dalam pula tak masak...kenapa ye?boleh bantu.

Norehan Shariff said...

doh tepung nya jangan terlalu nipis semasa kita menbalut dgn intinya

Kak Noor said...

Salam perkenalan daripada saya.
Kuih bom ini adalah kegemaran hubby saya. Tak pernah cuba buat pun... beli aje. Sebab bab memasak kuih ini saya kurang mahir. Takut tak jadi. Tapi hari ini bila terjumpa resepi ini teringin pula nak cuba buat. Saya dan hubby suka inti kelapa. Tapi ada juga yang letak inti kacang. Mohon kongsi dalam blog saya ye! Boleh tak?

REEN KHAN said...

salam kak nor
harap kak nor sudi mencuba resepi ini
kuih bom ini.. sedap sgt..

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...