Friday, April 22, 2011

Nasi Goreng Ulam aka Kampung

Nasi goreng ini ringkas mengingatkan saya pada aruah mak saya HAJAH SITI HAWA.walaupun ringkas tapi dari air tangan mak saya masak menjadikan nasi goreng ini begitu sedap sehingga di saat ini masih terbayang kesedapan masakan aruah mak saya.

MAK.....NOR RINDU PADA MAK...

Nasi goreng telah saya ubah sikit ..walaupun asal nya masih terasa..nasi goreng mak saya begitu mudah..tumbuk bawang,bawang putih ikan bilis.tumis ..masukkan nasi dan sedikit serbuk lada itam.yang menyedapkan ..di masak dengan kasih sayang...seorang ibu.. 
Kalau nasi goreng saya boleh dipanggil nasi goreng ulam atau nasi goreng kampung.

Bahan bahan
Nasi Putih lagi sedap nasi semalam
Bawang kecil *
Bawang putih*
Ikan Bilis *(ditumbuk halus*)
Telor digoreng hancur di ketepikan
Daun limau purut di hiris halus
Lagi banyak ulam lagi sedap cth daun pegaga.daun kaduk,kesum ,bunga kantan 
Serai di hiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
Garam dan Kiub Ayam

Cara cara 
Macam biasa kita goreng nasi goreng yang biasa..tumis bawang,bawang putih dan ikan bilis ditumbuk tadi..sampai naik bau..masuk kan nasi gaul mesra..masukkan garam ,kiub ayam dan serbuk lada hitam.
Masukkan semua ulam yang di hiris halus ..gaul sebati masuk kan telor yang telah digoreng hancur.
Selamat mencuba.. 

No comments:

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...