Tuesday, April 19, 2011

Capati Quaker

Petang ini buntu rasa nak masak untuk juadah makan petang maksud nya makan malam kami sekeluarga sebab semenjak pindah tinggal di sarawak..waktu rutin tidur dan makan kami sekeluarga turut berubah kerana di waktu di sarawak awal sejam suasana nya.. pukul 6.00 pagi terang nya macam pukul  8.00 pagi di semenanjung.Berjanji dengan suami saya nak masak Mee Hun sup tapi gatal pulak rasa nak menukar menu.
Jadi lah menu Capati BerQuaker.Jom Kita tengok bahan bahan nya yang sempoi lagi berkhasiat
Bahan bahannya
1 Mangkuk tepung atta
1 Mangkuk tepung gandum
1/2 mangkuk Quaker (multigrain cereal)
sedikit garam
3 sudu besar susu cair (jika tiada pun tak kisah)
air suam secukup untuk mengadun.

Cara caranya
masukkan semua bahan diatas di dalam mangkuk..adun menjadi doh .canai kan menjadi bulat dan bakar.seperti kita menbuat capati.mudah kan..
Selamat mencuba..sedap di makan bersama kari,dhal,sambal sardine..




2 comments:

mariyaamohdtahir said...

tepung atar tu tepung apa ye?? saya peminat oat :)

REEN KHAN SHARIFF said...

tepung khas untuk buat capati..cuba la cari kedai india or supermarket.. ye puan

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...