Wednesday, April 6, 2011

Ayam Masak Kicap Lada Hitam

Stok lebihan ayam untuk minggu ini..tak tahu nak buat apa ..last last terfikir nak masak ayam masak kicap berlada hitam kasi berasap sikit.
Teringat masakan ayam masak kicap air tangan MAK TEH saya  yang pekat mabelles ..orang jawa kalau masak kicap memang mabelles!! sampai adik saya pun suka..apa kurang nya ayam masak kicap adik ipar saya masak pun sedap...Jom kita tengok apa bahan bahan nya..

Bahan bahan
Ayam yang sedia dibasuh di goreng seperti biasa (taruh kunyit dan garam  goreng ketepi kan)
Bawang kecil,bawang putih,halia di tumbuk halus
Sos cili,sos tomato,sos tiram ,sos lada hitam
kicap kipas udang merah dan kicap pekat
sedikit serbuk lada hitam
2 biji tomato di belah 4
cili merah di belah 2 di hiris
cili padi jika nak pedas
kacang peas jika suka
ubi kentang di potong kecil dan digoreng ketepikan
Cara cara:
Tumis bahan yang ditumbuk halus tadi dengan minyak yang sedikit.
masuk kan ayam gaul rata
masuk kan semua sos cili,sos tomato,sos tiram,sos lada hitam kicap manis dan kicap pekat
kacau sebati dengan api yang sederhana
masuk kan lada hitam,ubi kentang,kacang peas,tomato dibelah 4,cili merah dan cili padi
kuah nya bergantung pada citarasa puan jika nak pekat x payah taruh air lagi.dan sebalik nya.
Siap...

Ayam Masak Kicap

3 comments:

Ibu Qisha said...

nak try lah buat mcm ni...saya selalu wat mcm sambal tu...taruk kicap..air sikit..yg mcm ni pekatkan..mesti sedap..

REEN KHAN SHARIFF said...

sila la mencuba.. insyallah sedap

Qisha Lovely Shoppe said...

insyaAllah esok saya buat menu ni :)

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...