Tuesday, May 8, 2012

Mee Kari Udang


MEE KARI UDANG

BAHAN-BAHAN
udang 1/2 kg
mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
rempah kari 2 senduk kecil
cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
bawang merah 6 ulas*
bawang putih 3 ulas*
halia 1/2 inci*
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
kulit udang di basuh bersih dan direbus sebentar dan blender tapis jadi kan stok udang
daun kari 1 tangkai
tahu kering
1 biji ubi kentang di rebus dan lecek
asam keping dlm 2,3 keping
pati santan  @ kelapa parut sebijik
garam,gula dan 1 kiub ayam
bebola ayam dibelah 2
Bahan hiasan/ulam: telo rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar@cili api
CARA MEMBUATNYA
Tumbuk bahan *
Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.
Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok. ..
Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
Bila dah pecah minyak, masukkan santan,ubi kentang lecek, stok udang, garam ,gulasecukup rasa dan kiub ayam. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.


2 comments:

mummy Ayda said...

salam reen,
nampak sedap betoi mee kari ni, mummy share ye, nak cuba this week end, TQ

REEN KHAN said...

wsalam mummy ayda
selamat mencuba ye ..:)

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...