Thursday, April 5, 2012

Kuih Angkoo strawberry


Bahan untuk Doh 
:250 gm Tepung Pulut
:200 ml Santan 
:1/4 sudu teh Garam Halus
:25 gm Minyak Masak untuk di sapu ke atas kuih angkoo
:Sedikit Pewarna Merah dan Hijau
:Daun pisang yang dipotong bujur


Bahan untuk Inti kacang hijau
:250 gm Kacang Hijau Tanpa Kulit
:100 gm Gula Melaka
:100 gm Gula Pasir
:50 ml Air
:1/4 sudu teh Garam Halus
:1/2 sudu besar Tepung Pulut

Cara menbuat inti Kacang Hijau


1.Rendam kacang hijau selama 4 jam.kemudian direbus sehingga masak.
2.Masak gula pasir, gula melaka,garam dan air. kemudian tapis .masukkan kacang hijau tadi.gaul sebati
3.Masak dengan api yang sederhana supaya tidak hangit .keringkan inti masukkan tepung pulut kacau  supaya tidak bergentel gentel,angkat
4.sejukkan inti dan bolehlah di bulat bulatkan

Cara menbuat Doh


1.Uli tepung pulut dengan santan sehingga lembut dan boleh di bentuk
2.Bahagikan kepada 2 bahagian 1 bahagian di warnakan merah dan sebahagian lagi berwarna hijau.
3.Ambil doh seberat 20 gm atau sebesar ibu jari ,kemudian masukkan inti kacang hijau yang telah dibulat bulatkan.
4.Bentukkan seperti buah strawberry
5Ambil doh yang berwarna hijau terap dengan acuan biskut dan lekatkan,kemudian sapukan minyak ke atas kuih angkoo taburkan bijan hitam jika suka.
6.Kukus dalam pengukus yang telah di panaskan terlebih dahulu.kukus sehingga masak
7.Jangan mengukus lebih dari 15 minit kerana kuih angkoo ini akan mengembang dan akan mencacatkan rupa kuih angkoo ini.
8.Selamat mencuba


6 comments:

Rohah said...

salam kak,ni mesti sedap mcm koci..

Nur-nba said...

Unik sangat kuih ni..

Nadz Nazharzan said...

Cantinya kuih ni... Kreatifnya akak...

Amie said...

Assalamualaikum Reen,
comelnya ....kreatif betul dia buat kuih style begitu.

Mamasya said...

Salam Reen Khan.tak puas jamu mata dg kuih Ku Reen di Fb...singgah ke blog pula.mmg comei kuih ku bentuk strawberry ni...masuk senarai dulu...

Unknown said...

cantiknya!...warna pun menarik..memang kreatif:)

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...