Monday, January 9, 2012

Talam Suji

salam semua kawan kawan reen di facebook dan blog.lama lah juga resepi talam suji bersarang dalam lap top.terasa tiada mood yang rajin untuk di masuk kan ke dalam blog..alhamduliah hari ini mood rajin .. terus la menghiaskan dapur reen ini. Tepung suji ini dah lama suami reen beli katanya nak buat kuih ..tapi masih tidak terusik pun.. belek belek dan ushar ..godek2 cari resepi talam suji.. alahamduliah talam suji ini yang pertama kali mencuba menjadi sedap.. TALAM SUJI Lapis bawah: 1 1/2 cawan tepung suji 4 cawan santan cair 1 cawan gula pasir (atau untuk citarasa) sedikit garam sedikit pewarna kuning Lapis atas : 4 cawan santan pekat 1 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung kastad 2 sudu besar gula 1 cawan gula merah Cara: 1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat.. 2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit 3. Adunkan semua bahan lapis atas. 4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah. 5. Kukus lagi selama 20 minit. 6. Sejukkan dan potong.

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...