Sunday, June 5, 2011

Rasam



Bahan-bahan
~2 sudu rasam mix, jenama baba's
~1 gelas air asam jawa ikut suka klu nak masam  pekatkan sikit
~bawang merah-dihiris
~bawang putih-ditumbuk halus
~halia ditumbuk halus
~cili kering-dipotong pendek
~ 2 tangkai daun kari
~1 sudu halba campur
~garam dan serbuk perasa
~sedikit serbuk kunyit
~3 biji tomato masak di potong kecil


Cara-cara
  • (No 1)Tumis halba, bawang putih,halia cili kering dan daun kari hingga kekuningan. 
  • (No 2).Dalam periuk yang lain masuk kan air asam,bawang besar yang dihiris halus dan tamota di ramas supaya  hancur dan juga rasam mix jenama baba's
  • Biarkan renih sebentar dengan api yang sederhana
  • Bahan tumis NO 1 itu ke masuk kan dalam periuk yang No 2
  • Perlahankan api, rasa garam ,masukkan serbuk kunyit,dan perasa
  • Bolehlah ditutup apinya

Gandingan mantap untuk rasam ini ialah sambal ikan bilis,acar mangga,papadom dan sayur goreng stail india..goreng sampai hancur

2 comments:

Kjee said...

Tq for recipe

Norehan Shariff said...

sama sama kasih kak jee.. selamat mencuba ya..kalau kak gee buat rasam kena buat sambal ikan bilis atau sambal udang baru syokk kalau ada acar perghhhhhhhhhhh ..

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...