Tuesday, May 10, 2011

Kuih Sagu @ Bronok

Bahan-Bahan:  
2 cawan biji sagu berwarna hijau (basuh dan toskan)
1 1/2 cawan gula
sedikit pewarna hijau
2 cawan air
Kelapa parut putih di kukus sebentar
Secubit garam

Cara Membuatnya:
1. Masak air masuk kan gula dan perwarna hijau

2. Masukkan sagu yang dibasuh dan di toskan ke dalam periuk.kacau perlahan lahan.sagu dengan api yang kecil jika tidak sagu akan melekat jika mengunakan api yang besar.

3. Kacau sehingga sagu kelihatan berkilat.
Jika terlalu keras hingga sukar nak kacau,tambah air sedikit dan kacau lagi. Tutupkan api.

4. Tuang ke dalam bekas dan sejukkan.Potong mengikut citarasa.
Gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaul garam.

No comments:

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...