Wednesday, April 6, 2011

Tenggiri Masak Kari Stail Mamak

  • 1 ekor ikan Tenggiri, dibersihkan dan potong ikut suka
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia
  • 3 camca besar rempah kari ikan (rempah kari "babas")
  • BAHAN2 TUMIS:-
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Air asam jawa
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus 
  • 1/2 kiub ikan bilis

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air asam jawa (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Bila mendidih, masukkan 1/2 kiub ikan bilis, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2.

No comments:

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...