Monday, April 18, 2011

Telor Bistik

Bahan2nya:-
2 biji telur – digoreng dadar campurkan sedikit isi ayam cincang dan lada sulah
50 gram isi ayam – dicincang
1 biji bawang besar – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 biji lada merah dan hijau – dihiris
2 sudu mkn sos cili
2 sudu mkn sos tomato
1 sudu sos tiram
Sedikit tepung jagung ditambah sedikit air utk memekatkan kuah
Sayur campur
cendawan butang di rendam dan di hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
sedikit lada hitam
Sedikit minyak utk menumis

Cara2nya:-
1. Panaskan kuali, masukkan isi ayam, masak sehingga separuh masak, masukkan bwang bsr, putih, lada merah dan cendawan butang
2. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masukkan pula sayur campur.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan perasakan dgn garam dan gula secukup rasa, setelah pekat kuahnya tuang bahan keatas telur yg telah siap didadar tadi. Siap untuk dihidang.

2 comments:

eny said...

first time tgk telur bistik berkuah..selalunye telur yang balut sume bhn2

Norehan Shariff said...

eny..try la buat insyallah menepati citarasa eny..

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...