Sunday, April 3, 2011

Mee Jawa

Bahan-Bahan:  
300 gm mee kuning (dikukus sebentar)
100 gm sayur sawi (di kukus sebentar)
2 sudu besar udang kering(lagi banyak lagi sedap di rendam sebentar(ditumbuk)
2 keping tauhu goreng (dihiris)
1 biji cili hijau (dihiris)
1 mangkuk stok daging
2 biji keledek (rebus & dilecek)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 biji bawang kecil (ditumbuk)
2 sudu besar cili kisar
Garam & minyak masak
.
Gula secukup rasa
2 sudu besar gula merah.

Cara: 
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, udang kering & cili kisar hingga garing. Masukkan stok daging, keledek. Masak hingga mendidih.masuk kan gula,garam,kiub ayam dan gula merah.didihkan sebentar.
Angkat & hidangkan

Cadangan Hidangan: 
Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan telur rebus, tauhu goreng limau kasturi dibelah 2 & cili hiris.

No comments:

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...