Sunday, November 18, 2012

Pucuk Paku Masak lemak Tempoyak


BAHAN-BAHAN :
• 1 ikat besar pucuk paku
• 2 batang serai – dititik
• 10 biji cili padi -dikisar
• 3 biji bawang besar – dikisar
• 5 ulas bawang putih – diketuk
• 100 gram ikan bilis /Udang dibuang kulit
• 2 sudu kecil serbuk kunyit
• 2 sudu besar tempoyak atau lebih jika nak pekat
• 500 gram santan sedang2 pekat
• 1/2 kiub ikan bilis 
CARA MEMBUAT :
1. Bersihkan sayur pucuk paku dan ketepikan.
2. Kemudian masukkan santan kedalam periuk
3. Masukkan pula serbuk kunyit dan bawang/cili padi yang dikisar.
4. Selepas itu masukkan pula pucuk paku, bawang putih, serai, ikan bilis/udang dan tempoyak.
5. Akhir sekali masukkan kiub ikan bilis dan garam. Selepas mendidih, angkat dan sedia dihidangkan

Thursday, November 15, 2012

Nasi Ayam Black Pepper

 Bahan-bahan untuk nasi :
  • 4 cawan beras basmathi 
  • 6 cawan air ( air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam dan campur dngn 6 cwn air)
  • sedikit garam (kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam)
  • 2 sudu besar butter
Bahan tumis
  • 4 ulas bawang putih - di hiris
  • 1 inci halia - di hiris
  • 4 btng serai- di ketuk
  • 3 sudu besar minyak
Cara-cara :
  1. Basuh beras dan rendam dlm 30 minit, pastu toskan. Ketepikan.
  2. Masukkan 5 cwn air rebusan ayam ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan 1 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.
  5. Masukkan butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
  6. Bila nasi dah kering gaulkan guna chopstick sekali sekala dan tutup semula.
  7. Bila nasi dah masak, bolehlah hidangkan bersama ayam goreng black pepper dan sos cili merah dan kicap.
Ayam black pepper
resepi dari marizah miza 
 - 1 keping peha ayam dibuang tulang, bersihkan
- 1sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
- 1sudu besar kicap manis- 1sdb sos tiram
- 1sudu besar serbuk pasti sedap knorr
- 1sudu besar  tepung gandum
- secubit garam***perap semua bahan bersama ayam selama 1/2 jam atau lebih
cara cara
- panaskan sesudu besar minyak masak dalam non stick pan (gunakan api slow)
- masukkan ayam...tutup kuali...biarkan ayam masak...balikkan untuk masak serata



Bahan-bahan sambal kicap
  • 8 biji cili padi hijau/merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 cwn kicap(secukupnya)
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit sup ayam
Cara-cara
  1. Bakar bawang putih sekejap.Kisar/tumbuk cili padi bersama dengan bawang putih.
  2. Masukkan dlm mangkuk dan letak kicap
  3. Masukkan pula gula dan garam secukupnya
.
Bahan-bahan untuk Sup Ayam 
  • Ayam yang telah dipotong kecil2(bahagian yg lebih/tulang ayam)
  • 2 biji kentang= di potong dadu besar
  • 1 btng carrot- di potong kecil
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng secukupnya
  • 2 ulas bawang putih(hiris)
  • 2 ulas bawang merah(hiris)
  • 1" halia(hiris)
  • Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga
  • 1 kiub pati ayam
  • Air secukupnya dlm 4 cwn
  • Garam secukup rasa
Cara-cara :
  1. Masukkan rempah tumis, bahan2 hiris ke dlm periuk bersama 4 cwn air.
  2. Masukkan ayam yg di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
  3. Setelah kentang empuk, masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
  5. Setelah siap boleh di hidangkan dgn taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.

Wednesday, November 14, 2012

Terbuka Untuk Tempahan (Bunga Telor)


Pertanyaan dan Order Sila hubungi:

PUAN AINI HASHIM: 013 369 0998 / PUAN FALIN FAZLIN SABRI :016 349 4403 / PUAN REEN KHAN 014 646 1210

Facebook:http://www.facebook.com/falinandy?fref=ts

PERHATIAN: 

1.WARNA MENGIKUT TEMA PELANGGAN

2.TEMPAHAN PERLU DIBUAT 30 HARI SEBELUM HARI PENGHANTARAN @ PICKUP AMATLAH DIGALAKKAN.

3.SEMUA TEMPAHAN BUNGA TELOR DEPOSIT DI KENAKAN SEBANYAK 50% DARI HARGA BELIAN 

4.HARGA: BERMULA DARI RM4/pc UNTUK 60 pc DAN RM3/PC UNTUK 100pc 
( bergantung kepada patern dan aksesori yg digunakan)

5.HARGA DIATAS TIDAK TERMASUK DENGAN KOS PENGHANTARAN.


kegunaan: Bunga pahar,bunga telur, bunga dulang,bunga majlis aqikah,
cukur jambul ,khatam Al-Quran

dan sebagai cenderahati sebarang majlis.
PENGUBAH BUNGA BERADA DI

PUAN AINI HASHIM: 013 369 0998 
NO 11 JALAN SRI SERAWAK 6,
TAMAN SRI ANDALAS 
41200 KLANG 
SELANGOR 
kegunaan: Bunga pahar,bunga telur, bunga dulang,bunga majlis aqikah,
cukur jambul ,khatam Al-Quran

dan sebagai cenderahati sebarang majlis. 



Tuesday, November 13, 2012

Durian Crepe Untuk Di Jual

BERITA BAIK UNTUK SEMUA PEMINAT DURIAN CREPE DI BINTULU SARAWAK 

SAYA MENGADAKAN JUALAN DURIAN CREPE 


BOLEH PM ATAU SMS :REEN 014 646 1210

 1 SET ADA 5 PCS DURIAN CREPE YANG MONTOK DAN GEBU




Sunday, November 11, 2012

Fenomena Durian Crepe

Fenomena Durian Crepe yang mengalahkan Fenomena Pavlova di Facebook di kala ini.sana sini mencetuskan fenomena Durian Crepe sehingga tidak lena tidur seperti dibuai buai mimpi ketika menikmati Durian Crepe yang sejuk dan sedap yang sukar digambarkan ...

Aduhai Durian Crepe sehingga menjadi igaunan yang telah merasai buat pertama kali ..bila merasai..yang pasti nak lagi, dan lagi.. Alhamduliah dengan fenomena ini dan pengongsian resepi ini dari puan Eyna Haneyna.. menjadi rezeki sampingan Azrina semasa cuti sekolah ini.. Terima Kasih tidak sehingga pada Eyna ..
Ramai yang pertama kali menbeli pasti akan menbeli lagi ..alhamduliah dan feedback dari pembeli amat amat memuaskan.Untuk mendapatkan Durian Crepe yang sedap yang penting isi durian yang segar .paling sedap mengunakan musang king atau D24..dan Durian crepe itu dalam keadaan yang sejuk..crepenya nipis ..lemak entahlah terlalu sukar nak menterjemahkan kesedapannya .


Durian ini punyalah mahal..tapi sangat berbaloi sebab sedap sangat... Layan sehingga lelap biji mata dibuatnya ..aduhai terbaik durian D24 sarawak ..

Saturday, November 3, 2012

Chocolate Barbie Doll


Bahan-Bahan
1) Coklat compound. Anda boleh pilih samaada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate)
2) Bahan-bahan yang anda ingin jadikan sebagai inti atau diletakkan di atas coklat anda – kismis, almond, kacang, dan sebagainya. Ini hanyalah sekadar pilihan sahaja.
Nota tambahan :
Terdapat beberapa jenama coklat compound yang boleh anda beli di kedai-kedai kek. Antara brand yang selalu digunakan adalah brand Beryl, Colatta, Selborne.


Alatan Untuk Membuat Coklat Homemade
Anda juga perlu menyediakan peralatan seperti berikut :
1) Coklat mould. Terdapat pelbagai bentuk menarik seperti bentuk hati / love, bentuk bunga ros, dan sebagainya.
2) Piping untuk memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam mould. Kalau tiada piping, anda masih boleh memasukkan coklat cair menggunakan sudu.

Resepi Coklat Homemade
 Cara-Caranya
1) Sebelum anda dapat menggunakan coklat mould, anda hendaklah mencairkan coklat compound terlebih dahulu. Caranya adalah dengan menggunakan teknik “double boiler”. Panaskan air dalam satu bekas, letakkan coklat dalam bekas lain dan masukkan bekas yang mengandungi coklat tadi dalam air yang sedang dipanaskan. Lebih mudah jika anda mempunyai set double boiler.
2) Setelah coklat cair, isikan piping dengan coklat cair dan masukkan cairan coklat ke dalam mould satu persatu.
3) Jika anda ingin meletakkan inti, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat. Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah agak-agak keras sedikit, letakkan inti di atas lapisan tersebut. Kemudian sambung semula kerja memasukkan coklat cair untuk menutup inti coklat anda.
4) Sejukkan dalam peti ais.
5) Kini, coklat homemade anda telah siap !


kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...