Tuesday, July 31, 2012

Tart Nenas Mahkota


Bahan bahan
300 gm Tepung Gandum
4 sudu besar Tepung Jagung
3 sudu besar gula ising
200 gm Butter
2 kuning telor 

Cara caranya
1.Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. 
2.Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. 
3.Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
4.Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). 
5.Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh. 
6.Terap mengunakan acuan bunga,letakkan inti nenas sepit sekeliling biskut tadi.
7.Atur di atas dulang pembakar yang di sapu sedikit dengan butter 
8.Bakar 180c selama 15-20 minit atau sehingga cantik masaknya


BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS:
  • 4 biji nenas muda
  • 2 ½ senduk gula pasir
  • sedikit esen vanilla
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Daun pandan

CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:
  1. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
  2. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
  3. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  4. Kacau tanpa henti hingga likat.

Sunday, July 29, 2012

Tart Nenas Landak



Bahan bahan

300 gm Tepung Gandum
4 sudu besar Tepung Jagung
3 sudu besar gula ising
200 gm Butter
2 kuning telor 
                                                                                
Cara cara
1.Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. 
2.Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. 
3.Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
4.Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). 
5.Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh. 
6.Masukan sedikit inti, bentuk seperti bentuk nenas , gunting pada permukaan nya seperti sisik ikan
7Atur di atas dulang pembakar yang di sapu sedikit dengan butter 
8.Bakar 180c selama 15-20 minit atau sehingga cantik masaknya




Lauk ku yang sempoi

Hari ini mood malas sahaja plan nak buat cookies pun masih di awang awangan lagi ..rina minta kek red velvet pun macam dengar tak dengar ..rasa nak lepak depan Tv je..cik abang reen pun tak ada dia ke outstation atas urusan kerja di terengganu tinggal berdua dengan anak dara ermm malas pun menjadi jadi rasanya..
Hari ini juga masak macam bidan terjun 30 minit settel..lebih2 itu pandai2 lah rina settelkan ..bab menghidang,memotong buah dan menbuat air ..rutin dia ..menu pertama masak lemak putih kobis panjang  bila masak lemak ini teringat pada anak bujang reen di kuala Lumpur dia pantang sangat dengan masak lemak color putih ini..kedua masak lemak ini mengingatkan reen pada arwah mak ..sebab arwah mak kalau masak lemak pasti ada sambal belacan dan ikan masin goreng..
 kebetulan kat rumah ada mangga yg sedang2 masak ..buat la sambal belacan bubuh mangga ..belacan nya pulak best friend kat bintulu ini beri ..saly...dia buat sendiri .. belacan bintulu nyaman ..tengok dalam peti ais penuh macam macam stok ikan dan ayam ada ..fikir fikir keluarkan 3 keping ikan merah goreng buat sambal 10 rasa .. 10 rasa itu rasa2 je la sebab puasa mana nak rasa hehehe

ini lah menu reen yang sempoi disamping kuih kasui ,buah jambu batu isi merah dengan apple..air kopi O serta air jus mangga ..alhamduliah .. syukur pada allah ..
kami 2 beranak berbuka pukul 6.46 petang waktu berbuka di bintulu sarawak..sambil makan call papa
risaunya hati call2 tak berjawab .. call pulak anak bujang reen pun tak berjawab.. berbuka tapi hati tak senang memikirkan orang orang yang kita sayang di semenanjung..
10 minit kemudian papa call katanya dah sampai rumah di pendamar indah tengah panaskan enjin kereta dia tak perasan hp berbunyi..suami reen macam kartun pagi tadi call dia otw meeting di kerteh terengganu ..petang call dia dah ada di pelabuhan klang ..
selepas solat rina call abangnya sambil menbebel pada abangnya kenapa tak jawab call.. dalam hati reen risau juga dan sayang juga pada ayongnya ..kalau dekat2 nak bercakar je ..
macam biasa mama kalau berborak dengan ayong sejam lebih ..ada saja cerita yang dikongsi bersama
Tengoklah esok kalau mood rajin nak buat cookies..

Saturday, July 28, 2012

KENTANG PUTAR


Terima Kasih  pada Puan Roha @Mesra Selera kerana sudi berkongsi resepi dengan reen resepi kentang putar ini..akhirnya dapat juga resepi yang sangat sedap dan memenuhi citarasa reen dan keluarga .

Bahan-bahan untuk kentang putar:
6 biji kentang yang bersaiz besar
2 sudu besar mentega
5 sudu besar susu segar
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara-cara:
1.Kupaskan kentang dan potong dadu.Rebus kentang sehingga empuk.Bila dah empuk, toskan air.Untuk mudahkan kerja, lenyekkan kentang dalam keaadaan kentang masih panas.
2.Masukkan susu segar dan mentega.Gaul rata.Rasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Sos Kentang Putar
Bahan-bahan:
650ml air
1 biji bawang holland | cincang halus
1 batang saderi | cincang halus
3 sudu besar serbuk Pati Ayam@1 1/2 kiub Pati Ayam Maggi 
4 sudu besar mentega
4 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1.Masak air dengan masukkan serbuk pati ayam, daun saderi dan bawang besar.Masak sampai mendidih.Renehkan sebentar dengan api perlahan selama 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2.Dalam periuk yang lain, cairkan mentega di atas api sederhana panas.Biarkan cair.Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit.Kacau perlahan sampai tepung tak melekat di periuk.Pastikan api perlahan.
3.Tuangkan air rebusan perlahan-lahan.Sedikit demi sedikit.Kacau sampai kuah menjadi likat.
4.Masukkan sos tomato dan sos tiram.Kacau sebati.
5.Masukkan kicap pekat.Tambah kicap sekira mahu kuahnya berwarna gelap.
6.Masak sehingga pekat.Rasa dahulu sebelum masukkan garam.Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa yang sedia ada, tak perlu tambah garam.Sekiranya mahu masin lebih, barulah tambahkan garam.
7.Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam.Kacau lagi sampai serbuk lada hitam sebati dengan kuah.Masa ni kalau nak kuah pekat, kacau lama.Jika suka kuah cair, boleh dah tutup api.


Friday, July 27, 2012

Telor Ikan Masak Lemak Cili Padi


  • BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 peket telor ikan tenggiri atau apa2 ikan ( lebih kurang 800 g)
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun kunyit, disiat2
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam secukup rasa
  • 3/4 cawan cili padi kampung*1 inci kunyit hidup*4 biji bawang merah*(*ditumbuk halus)
CARA MEMASAK :
  1. Telor ikan cuci bersih dan toskkan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan bahan tumbuk halus, serai dan santan cair, kacau dan didihkan. Masukkan telor ikan dan tambah santan pekat. Bila mendidih, masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya.
  3. Kacau perlahan, rasa dan jika ok boleh matikan api.


Kuih Kasui



Kuih kasui permintaan rina untuk berbuka puasa semalam.katanya rina nak makan kuih kasui.nanti mama buatkan ye.ialah anak mama.seboleh bolehnya mama menunaikan permintaan anak anak mama.sepatutnya resepi dan gambar kuih ini sudah pun jadi N3 di blog ini.semalam kalut2 sangat nak menyiapkan 3 menu sekali gus ..tekak ini terasa nak makan ROJAK MAMAK.. faham faham je la rencah nya nak menyiapkan bahan2 untuk rojak.terasa pulak nak makan kuey teow goreng panas panas ..terbayang 
kesedapannya..seperti biasanya sebagai isteri kita tahu apa kesukaan suami kita kan.. seperti biasa nasi juga suami reen akan cari.. tidak sampai hati pulak dia berbuka dengan rojak dengan kuey teow goreng saja..sambil itu berkejar masak nasi 2 pot sahaja ..
keluarkan ayam dari peti ais ..terus masak sup ayam berempah ..bakar belacan bintulu tumbuk buat  sambal belacan ..potong timun dengan tomato buat ulam..alhamduliah siap..

Tengah kalut kalut memasak itu minta tolong rina potong kuih kasui.. ya allah mengucap panjang reen tengok kuih kasui .. lintang pukang dia potong..dia lumurkan dengan kelapa yang masin pulak itu .. sampai papanya komplen ini mesti rina yang potong.tidak selera nak makan kata papanya..seperti biasa ada sahaja jawab nya ..alah mama masuk perut lagi tak cantik..mula la angin mamanya naik 100 peratus ..sambil jengkel kan mata ..mama tak suka rina buat macam ini..cuba belajar buat elok2.. sakit hati punya pasal mama tak sentuh pun..

Hari ini mama buat dan suruh dia tengok betul betul.belajar dan simpan dalam kepala..mama pesan ingat!! sampai bila2 mulalah mama menbebel..dulu mama pun tengok saja arwah nenek buat.. arwah nenek tak pernah ajar mama masak...tapi mama tengok simpan dalam kepala..belajar benda benda ini tidak rugi.. memang sekarang rasa tak penting.. tapi nanti sudah kahwin.. nanti MIL suruh potong kuih.. terkejut mil ..tak pasal pasal mati terkejut..ok la terlalu banyak sudah membebel ini.. jom la kita tengok resepinya ..dan selamat mencuba 


Bahan-bahannya

Bahan A
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
sedikit kicap pekat

Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1/2 sudu teh kapur makan (bancuhkan dengan sedikit air untuk dapatkan paste pekat)
kelapa parut putih
sedikit garam

Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan A kecuali kicap kedalam periuk dan masak sehingga gula larut. Angkat dan tapis untuk buang benda asing dalam gula merah. Masukkan sedikit kicap pekat dan biarkan sejuk
  2. Alas loyang 4 segi berukuran 10 x 10 x 3 inci dengan plastik dan ketepikan. 
  3. Masukkan semua tepung dalam bekas dan kemudian masukkan bancuhan gula tadi sedikit demi sedikit dan kacau rata dengan mengunakan whisk. Masukkan air kapur dan kacau rata
  4. Tapiskan bancuhan dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga naik wap. Kacau sentiasa mengunakan sudip kayu.
  5. Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus selama 30 minit sehingga masak
  6. Bila kuih sudah sejuk baru potong dan gaul dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.



Rojak Mamak


Bahan Cucur (Lembut): 
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil gula
1/4 sudu kecl garam
125 ml air suam
1 biji telur dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

Kuah rojak
Bahan-bahan:
450 gm keledek atau ubi kentang - direbus empuk
2.5 liter air
4 sudu besar cili kisar semasa kisar sekali dengan 3 biji bawang kecil dan 2 ulas bawang putih 
3 sudu besar gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
1/2 sudu besar asam jawa + 2 camb air (pekat)
2-3 sudu besar kacang tanah - digoreng & dikisar halus 
1 kiub ayam 
sedikit air tepung jagung jika perlu untuk memekatkan kuah 
Sedikit bijan goreng tanpa minyak

Cara membuat:-
-kisar keledek/ubi kentang sehingga halus.
-tumis cili kisar yang telah dikisar bersama bawang dan bawang putih sehingga naik bau
-masukkan keledek/ubi kentang yg telah diblend, gaul sebati masukkan air,kiub ayam,garam
- selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yang pekat2
- kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend
- last sekali bolehlah dimasukkan bijan goreng dan dikacau sehingga sebati
-balancekan rasanya mengikut citarasa anda .. pedas,manis dan lemak 

Bahan Sampingan:
Tauhu goreng
Sengkuang
Timun
Kentang direbus
Telur rebus


Monday, July 23, 2012

Sweet Lady Finger Cookies

Sweet Lady Finger Cookies

Bahan bahan
90 gm gula aising
150gm butter
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
180 gm tepung gandum
*100 gm tepung jagung
*1/2 sudu kecil serbuk penaik
* bahan bertanda * diayak bersama
Jem secukupnya- untuk inti
sedikit strawberry paste 

Cara cara
  1. Pukul mentega,gula dan kuning telur sehingga sebati
  2. Masukkan esen vanilla dan bahan bahan yang sudah diayak bersama.
  3. Uli sehingga menjadi doh dan bahagikan 2 bahagian satu bahagian warna asal dan sebahagian letak stranberry pes
  4. Taburkan sedikit tepung pada acuan. tekap dengan acuan seperti batang mancis
  5. Susun di atas dulang pembakar yg sudah di alas baking paper
  6. Bakar pada suhu 180c selama 20 min (bergantung jenis oven)
  7. Biarkan dahulu seketika sebelum diintikan jem. 
  8. Cantumkan biskut warna putih dengan biskut warna pink.
  9.  simpan di dalam bekas kedap udara.






Sunday, July 22, 2012

PUDING KIWI

PUDING KIWI
Bahan:
5 gm serbuk agar
2 1/2 cawan air
8 sudu besar gula 
1/2 tin susu cair
2 biji kiwi (blend dgn 1/2 cawan air)
sedikit pewarna hijau
sedikit hirisan buah kiwi untuk hiasan

Cara:
Masukkan air, gula dan agar agar serbuk ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.
Masukkan susu cair dan kiwi yang diblend tadi serta pewarna hijau. Padamkan api.
Kacau hingga sebati.
Tuangkan ke dalam acuan yg dah dibasahkan dgn air.
Bila puding dah sejuk, masukkan dlm peti ais.
Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan dgn hirisan buah kiwi.


Thursday, July 19, 2012

Majalah Edisi Khas Inpirasi Blogger


Assalamualaikum

Salam Jumaat penghulu hari, semoga sihat sejahtera Insyallah esok kita akan menyambut 1 ramadan. Hanya padamu Ya-Allah ku panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga, hambamu ini yang tidak mendongak kelangit tapi tetap menunduk kebumi nyata dan masih kesempatan bernafas dan menunaikan ibadat puasa tahun ini Amin Ya Rabbal Al-Amin 

Dalam bergelut  untuk menyiapkan resepi di dalam majalah khas ini dan sebahagiannya diolah sedikit resepi dari blog AIR TANGAN REEN KHAN ini.bertarung juga  mengejar dealline yang diberi disamping tugas harian di rumah serta perniagaan online yang reen buat.kadang kala timbul rasa tekanan.Tapi setiap yang terbaik perlu ada kesabaran dan usaha.. reen gagahkan juga menyiapkan. Alhamduliah berkat galakan dari Cik Siti Dimiati.


Terima kasih juga buat semua pada suami reen ,anak anak reen yang banyak menberi kekuatan serta adik reen yang banyak menberi semangat,teman-teman facebook dan group masakan  SEMANIS RASA REEN KHAN yang selalu menberi peransang . Reen amat amat hargai segala-galanya diatas perkongsian segalanya, semoga Allah saja yang dapat membalasnya... Alhamdulillah

Alangkan bertuah dan bangganya dengan kejayaan ini dapat dikongsi bersama dengan kedua ibu bapa reen.tentu mereka rasa bangga.mungkin terkejut kerana butir butir sinar kepakaran memasak ini timbul sekarang bukan di zaman remaja reen dahulu.. walau bagaimana pun reen terharu sangat anak anak  dan suami berbangga dengan hasil ini

Tahniah juga buat sahabat  blogger reen yang lain Puan Nik Zamzurina,Che Ct,Norhayati Ramlan dan Wan Rogayah wan Muhammad .



Tuesday, July 17, 2012

SEMPERIT SUNFLOWER




BAHAN BAHAN

200 GM BUTTER 
80 GM GULA ICING
1 BIJI KUNING TELOR
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA
*125 GM TEPUNG GANDUM
*100 GM TEPUNG JAGUNG
*125 GM TEPUNG KASTARD CAP BUNGA RAYA
HIASAN
TERPULANG PADA MASING MASING NAK LETAK APA PUN BOLEH TAPI LAGI SEDAP KALAU BUBUH COKLAT CHIP

BAHAN BERTANDA * DIAYAK

CARANYA
TANPA MENGUNAKAN MIXER JUST GUNA WHISK SAHAJA
PUKUL BUTTER DENGANN GULA
MASUK KUNING TELOR ,ESEN VANILLA DAN PUKUL PELAHAN SUPAYA MESRA
AKHIR SEKALI MASUK KAN TEPUNG2 YANG DI AYAK TADI SEDIKIT DEMI SEDIKIT .DAN KAUP DENGAN PERLAHAN2 SUPAYA MENJADI DOH
GUNAKAN ACUAN SEMPERIT PECAH 15.TEKAN DI ATAS DULANG YANG TELAH DILENGSER  DENGAN SEDIKIT BUTTER
BAKAR PADA SUHU 170 API BAWAH SAHAJA SELAMA 15- 20 MINIT ATAU  FOLLOW PADA OVEN MASING2

SELAMAT MENCUBA ..

TIPS
SUPAYA BISKUT TIDAK KEMBANG ATAU DEBAB
MASA MIX BUTTER DENGAN GULA JGN LAMA SGT ASALKAN SEBATI SAJA.



Carnation Cookies

 Dasyat betul bila mood nak mengukis ..ada saja idea yang datang tanpa diundang ..alhamduliah.pagi ini hujan lebat di bintulu sedapnya tidor kan tapi pagi ini terlalu banyak urusan perlu di selesaikan .
urusan ke pejabat pos untuk poskan parcel2 tempahan .. selesai semua balik on pc tengok2 mana yang patut. selesaikan kerja rumah yang menanti.
Sambil2 itu mata sentiasa menjeling jeling kat pc untuk melihat oder masuk .. deringan talipon rumah berbunyi.. gerak hati ..mesti aliff yang call tekanan mamanya sentiasa betul.. hello mama buat apa? dah masak ke? masak apa hari ini? ini la pertanyaan rutin alif.
Bahan-bahan :
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan marjerin / mentega
  • 1/2 sudu kecil  baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla 
  • 1/2 cawan gula kastor (dikisar halus) - jika menggunakan gula aising, lebihkan sedikit sukatannya.
  • sedikit strawberry paste 
  • pewarna merah jambu- optional 
Cara-cara :
  1. Tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard dan baking powder diayak  bersama.
  2. Pukul gula, mentega dan telur hingga sebati. reen guna whisk sahaja  Masukkan vanila, kacau rata.
  3. Masukkan tepung. kaup pelahan dengan spatula supaya menjadi doh.bahagikan 2 bahagian  1 bahagian di letak kan strawberry paste dan sedikit pewarna merah jambu dan 1 bahagian warna asal.
  4. Simpan di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya. 
  5. Untuk membentuk, ambil 2 warna  dan tekan ke dalam acuan biskut semperit pecah 15.
  6. hiaskan dengan coklat chip.atau guna acuan bintang kecil picitkan sedikit atas biskut tadi sebagai hiasan.
  7. Bakar pada 170 C selama 15 -20 minit atau hingga masak.api bawah saja.
  
 ok lah reen pun sudah berkongsi resepi ini.cubalah untuk hari raya nanti .biskut ini sangat sweet rupanya kan ..dan nama nya pun reen dari dapat dari group masak masak reen di facebook  SEMANIS RASA .Terima kasih pada Puan Mahani Hussain.Terima kasih juga pada kawan kawan di semanis rasa yang selalu berkongsi resepi yang enak enak dan semua nya tak pernah lokek berkongsi resepi di group itu .

Sunday, July 15, 2012

Biskut Samperit

Percubaan pertama menbuat acuan kuih semperit pecah 15 yang reen beli dari sahabat facebook iaitu puan Rohaya Rosnan.. amat berbaloi walapun hasilnya tidaklah secantik Tuan punya resepi puan Haida Rifqi.terima kasih sudi berkongsi resepi ini.
 Petang tadi sambil masak nasi lemak mengunakan beras batmahti reen suruh anak dara menyukat semua bahan bahan untuk menbuat biskut semperit ini.. selesai saja reen pun menbancuh  doh resepi ini reen tidak guna mixer cuma gaul2 manja saja ..tapi semasa memukul butter dengan gula .. agak nakal2 sikit tapi jangan sampai kembang cuma gula hancur saja ambil syarat nya ..jom kita tengok resepi nya secara keseluruhan

Samperit resepi dari puan HaiDa RifQi
250 gram butter
50 gram gula aising
1 penutup esen vanilla
1 peket(300gm) tepung kastard cap bunga merah ( reen guna cap bunga raya)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kfc telur kuning

Gaul butter dan gula hingga sebati.
Masukkan kuning telur, esen vanilla,tepung kastard, tepung jagung.
Gaul mesra 
sedikit ceri/ coklat chip untuk hiasan
suhu 170 c dan bakar 10 -15 minit atau mengikut oven masing masing 

Saturday, July 14, 2012

ACUAN KUIH JALA UNTUK DIJUAL

JIKA BERMINAT UNTUK MENBELI ACUAN KUIH JALA INI SILA SMS SAYA 
REEN KHAN  014 646 1210
Di dalam blog  ini ada disertakan cara pengunaan dan resepinya sekali
cepat cepat beli acuan ini amat sesuai untuk hidangan juadah minum petang
dan hidangan buat tetamu di hari raya haji nanti

Tuesday, July 10, 2012

keropok fillet ketam

salam semua .. hari ini bintulu hujan seronok nya alhamduliah.. sambil menemankan anak dara buat homeworknya .. terpangil pangil je nak menbuat kudapan petang hari ini.. sambil sejukkan puding guava itu terus keluarkan fillet ketam ..sambil siat siat satu persatu.. terus anak dara mengending kat bahu ini sambil bertanya mama buat apa?
sambil sambil tangan nya terus juga menolong menyiat2 helaian fillet ketam ini..selesai saja habis reen suruh dia petik daun kari di luar ..
terus la mengoreng caranya mudah sahaja
FILLET KETAM DI SIAT SIAT
TEPUNG BERAS
DAUN KARI 
CILI KERING POTONG KECIL
SEDIKIT GARAM HALUS

FILLET DISIAT SIAT LUMURKAN DGN TEPUNG BERAS GORENG SEHINGGA KUNING MASUK KAN DAUN KARI DAN CILI KERING ..TOSKAN .. SIAP..

seronok juga mengunyah ralit juga mengunyah sebab ada bunyi kruk kruk..azrina terus makan dengan nasi 
terima kasih kawan reen yang sudi berkongsi resepi ini puan ERNIE dari singapore..





Monday, July 9, 2012

Gulai lemak patin



Bahan-bahan 
  • 3 potong ikan patin
  • segenggam cili api
  • 1 biji kelapa -diparut & diperah santannya
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 batang bunga kantan di belah 2
  • 1 keping asam gelugor
  • garam
Cara-cara
  1. bersihkan ikan patin dan rendam dengan air asam jawa untuk buang hanyir lebih kurang 15 minit.
  2. tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup.
  3. masukkan pes cili yang ditumbuk tadi  beserta santan ke dalam periuk.
  4. masak atas api sederhana sampai menggelegak.masukkan bunga kantan dan kacau selalu untuk elak santan pecah.
  5. Bersihkan ikan yg direndam dengan air asam jawa sekali lagi dengan air bersih dan masukkan dalam periuk. Tambah sedikit air jika perlu.
  6. kerap simbah kuah perlahan2 ke atas ikan hingga ikan masak utk elak santan pecah. jangan kacau kuah kerana isi ikan patin lembut.
  7. Sementara itu boleh masukkan asam gelugor dan perasakan dengan garam.

Saturday, July 7, 2012

MANISAN SUJI @ RAVA KESARI


BAHAN-BAHAN
2 ¼ cawan tepung rava (digoreng sebentar tanpa minyak)
5 sudu besar gula biasa
Sedikit garam
Gajus 
Kismis 
5 sudu makan minyak sapi
3 ½ cawan air
½ cawan susu cair
Pewarna kuning

LANGKAH PENYEDIAAN
1) Panaskan 3 sudu minyak sapi dan goreng gajus hingga keperangan.
2) Dalam minyak yang sama, masukkan air dan susu cair.
3) Masukkan gula, garam dan pewarna kuning. Biarkan sehingga mendidih.
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau. Masukkan sekali gajus tadi dan 2 sudu minyak sapi. Perlahankan api.
5) Kacau hingga kesari tidak melekat pada kuali. Tutup api.
6) Masukkan kesari ke dalam loyang dan ratakan. Siap untuk dihidang
*Untuk memudahkan meratakannya,letakkan sedikit minyak sapi di atas permukaan kesari.
*Kesari sedap dimakan ketika masih panas atau setelah sejuk. 


Friday, July 6, 2012

KUIH JALA BERINTI AYAM




Bahan-bahan untuk kuih jala
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
1 1/2 air
garam secukup rasa
2 warna yang berbeza
1 biji telor
Cara
Blend kesemuanya.
tapiskan adunan supaya tidak berketul2 bahagikan 2 bahagian.warnakan 1 bahagian warna yang berbeza dan 1 bahagian lagi warna yang lain masuk kan kedalam botol muncung 3 1 botol picit secara melintang di atas non-stick pan dan 1 botol warna yang berbeza picit secara menegak

Bahan untuk Inti
2 keping Dada ayam dipotong dadu dan dibuang tulangnya
250 gm Sayur campur
10 biji Cendawan Butang di hiris halus
2 sudu besarTepung Gandum
1 sudu besar Marjerin
2 ulas Bawang putih - dicincang halus
125 ml air Rebusan ayam
1/2 sudu besar Minyak Masak
Garam dan Lada sulah secukup rasa.

INTI:
Cairkan majerin dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
Masukkan tepung gandum dan gaulkan rata
Tuangkan air rebusan ayam.masukkan ayam dan gaulkan sebati.
Masukkan sayur campur,cendawan butang dan biarkan seketika.
perasakan garam dan lada sulah
sejukkan

CARA MELIPAT
Masak kuih jala .letak di atas pinggan atau dulang.kemudian letak inti lipat seperti murtabak atau gulung seperti kuih ketayap mengikut citarasa puan2 .boleh dimakan bersama sos cili atau kari kentang pekat.
UNTUK MENBELI ACUAN KUIH

 JALA INI SILA SMS SAYA

 .
REEN KHAN 014 646 1210

Wednesday, July 4, 2012

Nasi Goreng Pattaya



Bahan-bahan :
 Sepinggan nasi putih sejuk
1 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
1 mangkuk kecil isi ayam
3 sudu besar sayur campur 
3 tangkai cili padi diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap 
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 biji telur ayam
Garam & kiub ayam secukup rasa

Cara-cara :
1.Panaskan minyak
2.Tumis bawang yang diblend hingga naik bau
3.Masukkan isi ayam, kacau hingga masak
4.Masukkan sos tiram
5.Masukkan garam & gula secukup rasa
6.Masukkan sayur campur & cili padi
7.Masukkan nasi
8.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati
9.Angkat

Proses membungkus nasi dengan telur:
 1.Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
2.Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter
3.Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali
4.Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan  secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
5.Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih  dalam kuali.
6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak
7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.



Kerabu Bunga Kantan


Bahan 

300 gm udang  [bersihkan kemudian dicelur sebentar]

5 biji jus limau lipis 

1 1/2 sudu besar sos ikan 

garam  dan gula secukup rasa 

tanah kacang digoreng kemudian di tumbuk kasar [optional]

1 peket kecil suhun di celur sebentar dan ditoskan


Bahan Hiris 

1 labu bawang besar 

2 kuntum bunga kantan 

5 biji cili merah  dan cili padi

3 helai daun limau purut

1 batang carrot

1/2 batang timun

3 batang serai


Cara

1. Gaulkan rata semua bahan dan rasakan masam dan masinnya. 

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...