Monday, May 28, 2012

PAU MAWAR KU


BAHAN BAHAN
3 CAWAN TEPUNG PAU
1 SUDU TEH BAKING POWDER
1/2  SUDU TEH GARAM
1 SUDU MAKAN GULA PASIR 
1 SUDU MAKAN YIS MAURIPAN
2 SUDU MAKAN MINYAK MASAK
1 CAWAN AIR SUAM

CARA MENBUAT 
1. GAUL SEMUA BAHAN KECUALI AIR SUAM
2. MASUKKAN AIR SUAM SIKIT DEMI SIKIT
3. ULI SEHINGGA LICIN
4.TUTUP DENGAN KAIN DAN BIARKAN SEHINGGA NAIK 2  KALI GANDA 
5.TUMBUK ADUNAN BAHAGIKAN KEPADA KETULAN KECIL
6.LEPERKAN MENJADI BULATAN  DAN POTONG SEKELILING SEBANYAK 6 KALI
7. LETAK INTI KACANG MERAH DI TENGAH BULATAN
8.BENTUKKAN MENJADI KELOPAK BUNGA 
9.LAPIKAN ADUANAN ATAS KERTAS 
10. BIARKAN SEBENTAR 
11. PANASKAN KUKUSAN .KUKUS 10 -15 MINIT 

TART NENAS

Tart Nenas cookies raya yang pasti ada setiap hari raya .Tart Nenas kegemaran reen dan suami.Terima kasih sahabat FB reen .. ChaHaya Sheila yang berkongsi resepi Tart Nenas ini yang sangat sedap..lemak dan gebu
Tart Nenas ini telah menjadi top 3 dalam list simpanan reen buat masa ini.. Yang penting suami reen puji Tart Nenas ini.. apa lagi ada munge munge dalam hati kena puji .. sebab suami begitu PAKAR merasa bab bab Tart Nenas ..sekali dia rasa dia tahu mana yang sedap Tart Nenas ini.Alhamduliah Resepi dari ChaHaya Sheila amat amat berbaloi..

Tart Nenas ini dalam 100 biji lebih sekali aduanan .. ok la buat kudapan selepas makan malam.. selepas makan malam suami pasti mencari tupperware Tart Nenas.. yang pasti 3 ketul pasti dia Ngapppp.. Jom kita tengok resepi mudah ..

BISKUT TART NENAS
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula icing
250 gm butter
 2 sudu tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar susu tepung
**cara
1. Campurkan kesemua bahan tadi menjadi 1 dan boleh dibentuk
.2. Letakkan jem nenas di dalamnya..
3. Bakar 170 c
** inti
1 Parut jer nenas tu, pastu tapis jap air dia..
Masak jer ngan gula, daun pandan dan sebatang kulit kayu manis.
Masak sampai pekat n berkilat..
Boleh buh air sikit untk bg dia mesra..
Gula dia biasanya saya ikut rasa..

1 adunan guna 2 biji sedang nenas
** Butter tu saya campurkan dengan sedikit margerin supaya tart tu tahan sbb margerin ada bahan pengawet kan


Lepat Pisang



BAHAN - BAHANNYA

700 gm pisang emas di lecek 
70 gm gula melaka, dihancurkan
1 cawan kelapa parut putih 
3/4 camca teh baking powder ( optional)
1 cawan  tepung gandum
Secubit garam
Daun pisang secukupnya, cuci dan layur hingga lembut,
potong ikut saiz yang sesuai

CARA MEMBUATNYA 
  1. Pisang dilecek bersama gula melaka, garam dan baking powder hingga hancur. Tambah kelapa parut dan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga habis. Kacau rata.
  2. Sudukan 2 camca besar adunan tadi atas daun pisang yang telah disediakan. Rata dan bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat hingga siap 
  3. Kukus atas air mendidih selama 20 minit. 

Monday, May 14, 2012

BROKOLI HAINAN STAIL



BROKOLI HAINAN STAIL

*AYam (bahagian Dada : Isi Sahaja)
*Sepokok Brokoli saiz sederhana
* 6 biji bebola ayam di potong kecil
* 3 biji cili kering di potong serong
* 2 biji tomato potong 4
* cendawan kering di rendam sehingga kembang kemudian di potong

Bahan Tumis

*4 ulas Bawang Putih (ketuk)
*1 inci Halia ( Mayang)
*3 s/b kicap pekat
*1 s/b kicap cair
* 3 s/b Sos Tiram
*1 s/b Tepung Jagung (untuk memekatkan)
* garam n gula secukup rasa
*  1 kiub ayam

Cara...
 * Tumiskan Bawang putih n halia hingga wangi..
* masukkan cendawan dan  isi ayam.. tumis sehingga separuh masak
* +kicap pekat, cair, sos tiram dan sedikit air.. agar bahan sos x hangit...
*+ semua sayur2 n gaul sebati... sebelum masak + tepung jagung yg telah dibancuh ngan air utk memekatkan kuah.. jangan masak terlalu lama utk mengekalkan kesegaran sayur2

Tips saya semua Brokoli tu nampak segar ..potong brokoli tu mengikut kesukaan puan
rebus air sehingga mendidih ..titiskan sedikit minyak masak
masukkan brokoli dalam 2 minit dan angkat.masuk kan dlm air sejuk ..
kemudian toskan.. brokoli akan sentiasa hijau

Tuesday, May 8, 2012

Mee Kari Udang


MEE KARI UDANG

BAHAN-BAHAN
udang 1/2 kg
mee kuning 1kg ( basuh dan celurkan)
rempah kari 2 senduk kecil
cili boh yg dimesin sikit (kalau suka pedas)
bawang merah 6 ulas*
bawang putih 3 ulas*
halia 1/2 inci*
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
kulit udang di basuh bersih dan direbus sebentar dan blender tapis jadi kan stok udang
daun kari 1 tangkai
tahu kering
1 biji ubi kentang di rebus dan lecek
asam keping dlm 2,3 keping
pati santan  @ kelapa parut sebijik
garam,gula dan 1 kiub ayam
bebola ayam dibelah 2
Bahan hiasan/ulam: telo rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar@cili api
CARA MEMBUATNYA
Tumbuk bahan *
Gaulkan serbuk kari dgn air panas utk jadikan paste. Masukkan juga cili mesin tadi.
Bersihkan udang, keluarkan kepala dan kulit. Kepala dan kulit ni rebus dgn sedikit air kemudian blend dan tapiskan air dia tu untuk jadikan stok. ..
Panaskan minyak. Masukkan daun kari. Lepas tu kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Bila dah agak kekuningan masukkan paste kari
Bila dah pecah minyak, masukkan santan,ubi kentang lecek, stok udang, garam ,gulasecukup rasa dan kiub ayam. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih dan pecah minyak masukkan udang.
Bila mendidih sekali masukkan tauhu kering yg telah di potong dua, kacau-kacau dan tutup api.


Monday, May 7, 2012

Tahcu ikan bilis

Lauk yang sederhana tapi cukup menbuka selera.Tahcu ikan bilis bersama kentang dan peria .simple kan.tapi buat kita berselera untuk menambah nasi lagi dan lagi..
.
Bahan bahan

2 bii ubi kentang di kupas dan digoreng
ikan bilis di goreng -ikut suka banyak mana
1 biji bawang besar di hiris halus
halia di hiris halus
3 ulas bawang putih di hiris halus
4 biji cili hijau di potong 2 dan di buang bijinya
5 biji cili padi di belah dua
garan ,gula secukup rasa
taucu cap bilal 2 peket
air asam jawa  secukup biar sedang2 pekat
peria di potong halus atau timun-
minyak untuk menumis
sedikit kiub ikan bilis


Caranya


Tumis bawang,halia,bawang putih cili padi sehingga naik bau masukkan peria  ubi kentang,
kemudian masukkan taucu
masukkan air asam jawa dan masukkan garam,gula , kiub ikan bilis .
didihkan sebentar .masukkan ikan bilis dan cili hijau .kemudian tutup api
hidangkan.












Saturday, May 5, 2012

NASI KERABU


SAMBAL KELAPA
BAHAN2NYA
1 biji kelapa dijdkan kerisik
goreng hingga perang.
selepas blend bersama dengan sedikit gula merah
..cukup untuk rasa manis sikit2.
.*4 ulas bwng merah
*1/2 inci halia
*3 batang serai
*1 sudu besar lada hitam
*6 ekor isi ikan sadine selayang yang telah direbus
@ kukus semua yg bertanda* di blend @ tumbuk dan dicampurkan dengan kerisik tadi.
.masukkan sedikit garam..
suaikan rasa manis dan masinnya.
.siap
UNTUK NASI KERABU
masak mcm biasa cuma letak pewarna biru.
.kalau suka boleh letak warna hijau pandan @pakai serbuk kunyit sikit sebagai warna kuning..
nak putih pun boleh..letak beberapa helai daun kari,daun limau purut dan daun pandan..masak mcm masak nasi biasa.
.kalau nak mencuba cara lain boleh juga masak nasi lemak..makan dengan rencah nasi kerabu .
..siap
UNTUK ULAM2NYA PULA
kobis manis@bulat
bunga kantan
3 batang serai
daun ceylon@selum
daun kesum
kacang panjang
pucuk serai kayu
ulam2 kampung~~~kalau ada..kalau x ada buatlah mana yg ada saja
.SEMUA DIHIRIS NIPIS2.. campur sekali.
sudah ready..tepikan
SOLOK LADA
BAHAN2NYA
cili hijau secukupnya~~~basuh dan toskan..
lepas itu belah buang bijinya.
.tepikan..1/2 biji kelapa putih~~~parut ye.
.*5 ekor ikan sadine selayang~~~ambik isinya
*1/2 inci halia*3 ulas bwng merah
*3 sudu besar kerisik
*sedikit lada hitam
*sedikit gula melakasedikit garam2 cwn santan pekat cara2nya yg bertanda
* bland kering sampai hancur kemudian campur ngan kelapa putih.
.masukkan sedikit garam..gaul sebati kemudian bolehlh sumbat kat cili yg dibelah td...dah siap susun dlm periuk..
masukkan santan..letak sedikit garam dan gula...jgn terlebih masin...
masak hingga mendidih dan cili masak..dah sia
p.nk lg sedap boleh masak sekali ngan pucuk ubi kayu.
.susun kat dasar periuk sebelum letak cili..jd 2 dlm 1..ada sayur sekali..ok.
.selamat mencuba.
PART BUDU TUMIS
..BAHAN2NYA1 biji kelapa~~~diambil santan 2 x perah..
masukkan dlm periuk
*2 biji bwng besar
*1/2 inci halia*2 btng sera
i*4-5 tangkai cili kering~~~kalau suka..kalau guna cili boh@giling masukkan 1 sudu besar je..
1/2 cwn budu
1 keping asam kepingsedikit gula dan garamsemua yg ada tanda
*bland hingga hancur...masukkan dlm periuk yg ada santan td..masak guna api slow dan kacau selalu..
lpastu baru masukkan asaM keping.,budu dan daun2 yg dihiris td.
.masak hingga pekat dan naik mnyak.
.letak garam dan suaikan rasa masin manisnya..
.hati2 masuk garam takut terlebih masin sbb budu td dah masin.
.tepikan..kalau suka boleh masukkan daun kunyit dan daun kaduk yg dihiris halus2
sambal nasi kerabu
 cili api dan besar secukupnya
..belacan bwng
merah,cuka mkn,
garam
 gula
limau kasturi.
..semua masukkan dlm bland..limau kna buang biji..bland separuh hancur..rasa bg masm sikit dan manis..garam secukupnya..
selepas perah air limau kasturi @ nipis..nk lg sedap biarkan semlman..kna buat sambal dululh.
.BUDU MENTAH
..beli dan tuangkan dlm mangkuk..perah asam limau nipis..kalau suka boleh potong bwng merah..
RESEPI DARI :suhaimi Dan Wan Ruslina


Thursday, May 3, 2012

Cream Puff Kastard Jagung



CREAM PUFF KASTARD JAGUNG

reen khan7067.blogspot.com

Bahan untuk pastry


50 gm planta
125ml air
1 sudu kecil  garam
80gm tepung kek/tepung gandum
1 biji telur

bahan untuk kastard


1 biji telur
150ml susu cair
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar jagung krimer

cara untuk  menbuat pastry
masak air dan campur planta hingga cair
masuk tepung ,garam.. gaul sebati
rehatkan doh sehingga sejuk campur telur,esen vanila putar dgn kelajuan tinggi hingga adunan kembang
masukkan dlm beg piping.buat bentuk bunga..bakar dlm oven 180c
 atau sehingga garing


cara memasak kastard
campurkan semua bahan bahan .gaul mesra
masak secara double boil sehingga likat dan kental
sejukkan







Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...