Thursday, February 2, 2012

Pes Laksa sarawak untuk di jual

JIKA BERMINAT UNTUK MENBELI PES LAKSA SARAWAK JENAMA LIZA'S BOLEH SMS 
SAYA  ATAU PM SAYA DI FACEBOOK SAYA 
PUAN REEN 014 646 1210
Laksa Sarawak
         Bahan bahan untuk 5-6 orang
  • 200 g pes atau perencah laksa liza's
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo  udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh atau timun di potong halus(dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. 
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. 
  4. Hidangkan panas-panas. 
  5. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering atau sambal belacan

3 comments:

faa.rosli said...

mcm nak try je buat..hurmm..

REEN KHAN said...

salam faa.
cuba la laksa sarawak ini sedap tau ..:)

Anonymous said...

i ada pesan kat kawan i belikan i pes laksa dr liza ni. tp cara2 nak buat tu sama mcm nak buat kari, masak kicap, masak merah (blh refer kat bekas dia). i rasa dia packing semua sama kot, senang. godek2 blog kak reen, ada pulak cara buatnya. senang plak tu. thanks ya!

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...