Saturday, April 30, 2011

Nasi Impit ,Rendang Ayam dan Kuah Kacang


Jom kita layan nasi lmpit bersama rendang ayam dan kuah kacang..dah macam hari raya pulak.pejam celik pejam celik lagi 2 bulan lagi kita nak berpuasa untuk tahun ini 2011..Insyallah ini tahun pertama saya berpuasa di Sarawak dan insyallah saya dapat merasai suasana berpuasa di sini.
 Sempena hari ini ulang tahun perkahwinan mak ndak saya dengan pak ndak saya...kebetulan saya dapat idea nasi impit saya berbentuk kasih sayang Hati .. tapi yang kelakar kuah kacang saya berpangkat Sarjan..Rendang ayam saya pun ada pangkat juga.. cuma tak tahu la apa pangkat nya..

Happy Anniversary To Puan Aini & Encik Mohd Sabri


Best wishes to you both on your anniversary,
May the love that u share Last your lifetime through,
As u make a wonderful pair.
Happy Wedding Anniversary 
To
Mak Ndak & Pak Ndak
one big happy family ! ♥

Tip tip untuk mengukus,

Kaedah Mengukus : Mengukus tidak semudah Membakar, banyak orang menggunakan resipi yang sama tetapi tidak mendapat hasil seperti yang di harapkan. Suhu wap atau stim tidak dapat di tentukan ia bergantung kepada kepanasan api dapur gas, jumlah air dalam kukusan dan perkakasan yang digunakan. Kekurangan air dalam kukusan menyebabkan kuih terbantut dan tidak masak, terlalu kecil api juga menyebabkan wap tidak naik, dan jika api terlalu besar pula menyebabkan kuih mengerutu dan mengelembong. Wap yang menitis ke permukaan kuih juga boleh merosakkan kuih. Ini adalah masalah yang selalu di alami ketika membuat kuih muih menggunakan kaedah mengukus.
Kuih Lapis

Tips
1. Gunakan pengukus yang mempunyai penutup yang tinggi supaya wap menjadi seimbang.
2. Sentiasa periksa air di dalam pengukus, sentiasa pastikan air mencecah lantai pembahagi kukusan.
3. Jika air berkurang, masukkan air panas untuk menambahkannya.
4. Balut tutup pengukus dengan tuala supaya wap tidak keluar.
5. Tutup loyang adunan dengan aluminium foil supaya air tidak menitis ke permukaan kuih.
6. Pastikan api dapur tidak terlalu besar atau terlalu kecil.

Thursday, April 28, 2011

Cucur Udang

Cucur Udang..teringat saya masa saya  form 3 menolong mak saya berniaga di pelabuhan klang.Habis saja sekolah saya akan menolong emak saya meniaga dari pagi sehingga malam emak saya meniaga menolong adik emak saya iaitu pakcik saudara saya.Habis saja sekolah rutin harian menolong emak.. Gerai mak saya di keliling kilang di belakangnya kilang NATIONAL.
Pukul 3.00 petang waktu rehat iaitu waktu minum petang .kedengaran siren menandakan waktu minum..pukul 2.00 saya sudah bersiap sedia menolong emak menbuat kuih muih..salah satu nya cucur udang...yang saya bancuh sendiri dan saya goreng sendiri..paling tidak suka..time letak udang..meletop minyak dalam kuali sebab kalau udang tidak di toskan dengan betul..apa lagi melompat lompat la saya tepi kuali besar ..hahahaha. aduh habis sweet 15 saya time itu..tapi kasih sayang saya pada emak dan pakcik..saya NO HAL la..hairan kenapa dulu2 saya tidak pernah mengeluh dlm bab2 menolong mak bapa saya..tapi kenapa anak anak sekarang cepat sangat mengeluh ?
 ok la dok mebebel seorang2 saja saya ni jom kita lihat bahan bahan yang sempoi untuk menbuat cucur udang
BAHAN BAHAN

TEPUNG GANDUM
UDANG HIDUP DI BASUH DAN DI TOSKAN KERING
KUCAI 
DAUN SUP 
DAUN BAWANG
SERBUK KUNYIT
SEBIJI TELOR
GARAM
TAUGEH
SEDIKIT BAKING SODA(ARUAH MAK SAYA X LETAK)
AIR SUAM SECUKUP ADUAN SEDANG2 CAIR
CARA CARA

OK SEMUA BAHAN BAHAN DI ATAS DI MASUK DALAM BEKAS DAN DI ADUNKAN MESRA.PANAS KAN MINYAK DALAM KUALI RENDAM KAN SENDOK..PANAS MASUK KAN ADUAN TU KE DALAM SENDOK TEPEK KAN UDANG CELUP KAN SENDUK KE DALAM MINYAK PANAS TU.. GORENG GARING DAN TOS KAN
BAHAN SOS
15 BIJI CILI MERAH DI BUANG BIJI NYA
1 ATAU 2 ULAS BAWANG PUTIH
Kedua bahan di atas di blender halus ..masuk kan ke dalam periuk tambah kan air sedang2 cair masak lama dengan api yang slow supaya hilang bau cili merah..masukkan sos cili,sos tomato,rasa garam dan gula ..

KFC

Hari ini  saya ,aliff dan azrina hantar papa pergi kerja..jauh nya tempat kerja papa 30 minit dari rumah kami..papa banyak kali pesan bawa kereta slow2 hati hati..kereta banyak ..risau sangat papa.. selepas hantar papa kami rancang nak pergi sarapan pagi di bandar Bintulu Restoran Selera Kampung.tapi malangnya restoran itu baru nak beroperasi..maklum la kami kurang faham situasi di Bintulu ini.akhirnya kami 3 beranak ke KFC saja la

selesai saja makan dan adegan alif dan rina menyakat di kfc tu kami pun menuju kedai Super Save ..saja2 mencuci mata melihat barang di kedai tu ..macam macam ada..selepas tu kami menuju ke Pos Malaysia Bintulu Sarawak.. atas urusan pos barang yang telah  di tempah oleh kawan kawan saya.ole ole dari  pos malaysia.. bestnya setem dan sampul surat keluaran terhad ..
selesai sudah urusan kami.. balik rumah rutin harian pun bermula azrina basuh pinggan di dapur ..saya masuk kan baju ke dalam mesin basuh dan menyapu..settle sambil2 layan MENTOR.. vote Salma..TerBest.!!
JOM LAYAN AL HIDAYAH  TV3..Salam Jumaat...

Rawa Capati dan Kuah Dhal Kacang Hijau

Rawa capati macam pelik kan.. biasa kita tahu rawa tosai..ermm ini resepi yang saya cipta sendiri tanpa saya sedar menjadi sedap..gabungan idea mencipta dengan suami saya...
Rutin kami sekeluarga malam Tiada menu berunsurkan NASI permintaan suami supaya malam tiada nasi dihidangkan cukup untuk makan tengah hari saja..ok ni bahan bahan untuk rawa capati

Bahan bahan
Tepung Atta setengah peket
Bawang kecil*(tumbuk halus atau di hiris halus)
Halia*(tumbuk halus atau di hiris halus)
Cili Kering( di hiris halus )
Daun Kari ( dihiris halus)
Air suam secukup nya
Garam secukup rasa
1 sudu besar Halba campur

Cara cara
semua bahan bahan di atas masuk kan ke dalam mangkuk.gaul mesra..masuk kan air suam kacau..adunan sedang sedang cair .. lenser kan pan non stick dengan minyak atau butter..layar kan aduanan menjadi seperti menbuat kuih ketayap..

Apam Gula Hangus.

Percubaan yang pertama ok la walaupun saya rasa kurang puas hati .rasa di hati salah mungkin saya juga terlebih tepung.Rasa memang sedap..bukan salah resepi yang saya follow tu...insyallah percubaan kedua nanti pasti berjaya..
Nak cerita keluarga saya cuma 4 ahli sahaja tapi kecoh dan riuh anak saya berdua kalau berjumpa..ada sahaja nak menyakat sesama sendiri.kalau salah seorang tiada yang lagi seorang macam MATI KUTU.
Jom kita makan seorang sebutir sahaja untuk papa,mama ,ayong dan adik..
APAM GULA HANGUS
2biji telo
1cwn gula
1cwn air
1/2 cwn minyak
2sudu marjerin
2sudu susu pekat
1st soda bikarbonat
1 1/2 cwn tepung gandum(ayak)

cara;
masakn gula hgga keemasan dan tutup api.. dan campurkn dgn air 1cwn.. pasang kmbali api dan kacau hgga sebati..dan sjukkan
-blends telo,susu,minyak dan marjerin 3 minit..
-masukkn gula hangus bersama soda bikarbonat..kisar lg..
-dan masukkn tepung, kisar hgga sebati..
bubuh dlm acuan dan kukus hgga masak...dlm 10-15 minit

Wednesday, April 27, 2011

Ikan Pari Masak Berlada

PARI BERLADA






BAHAN BAHAN

IKAN PARI YANG DI BUANG KULIT PUTIH DAN HITAM
DI BASUH DENGAN GARAM,ASAM JAWA,SERBUK KUNYIT
AIR ASAM JAWA
SERBUK KARI IKAN
SERBUK LADA HITAM
DAUN KARI
BAWANG MERAH,PUTIH HALIA DI TUMBUK
KERISIK
BENDIL ATAU TERUNG PANJANG

CARA CARA;

TUMIS BAWANG MERAH,PUTIH,DAUN KARI DAN HALIA YANG DI TUMBUK .
GARINGKAN SIKIT
.KEMUDIAN MASUK SERBUK KARI YANG DI BANCUH SIKIT DENGAN AIR..
KACAU MESRA SUPAYA KARI TU GARING DAN NAIK MINYAK.
.MASUK KAN IKAN PARI KACAU
,MASUK KAN JUGA SERBUK LADA HITAM.
MASUK KAN AIR ASAM JAWA.. SEDANG2 CAIR DAN BENDIL ATAU TERUNG PANJANG.
DIDIHKAN DULU MASUKKAN KERISIK,RASA GARAM DAN KIUB IKAN BILIS.SIKIT.
MASAK SEBENTAR SEHINGGA BENDIL ATAU TERUNG EMPUK.
SEDIA UNTUK DI HIDANGKAN...
LAUK NI SEDAP KALAU SERBUK LADA HITAM NYA BANYAK TERASA BAHANG NYA DAN JANGAN TERLALU CAIR ATAU PEKAT ..SEDANG2 ..

SELAMAT MENCUBA..




 


.

Buah Melaka @ Onde Onde

Permintaan anak bujang saya ..beriya iya nak makan buah melaka dari semalam.berjanji nak buat semalam ..elok elok dah potong gula kabung..check kat dapur alamak OMG tepung pulut tinggal suku je..ermm malas la nak buat..berjanji dengan aliff .esok mama buat kan untuk anak mama ok..tertunai la janji ..amboi sedap tengok anak mama makan..komplen tetap komplen..mama banyak kelapa la.. ayong nak sikit je kelapa..
stail lama dan baru.
Onde Onde @ Buah Melaka

* sebiji kelapa muda diparut (dikukus campur secubit garam)
* 2 keping gula melaka (dipotong dadu)
* 300 gm tepung pulut
* secubit garam
* setitik pewarna hijau
* setitik 2 air kapur(untuk mengenyalkan )
* 2 helai daun pandan

cara cara:

1.masakkan air dalam periuk masukan daun pandan.

2.campur kan tepung pulut bersama air menjadi doh masuk kan pewarna hijau
dan 2 titik air kapur

3.bentuk menjadi bulat kecil masuk kan gula melaka yg dipotong dadu

4.masukan kedalam air yang mendidih

5.tunggu sehingga dia terapung di atas angkat

6.golek kan di atas kelapa muda parut yg telah di kukus ..

7.hidangkan dan sedia untuk di makan..

Tuesday, April 26, 2011

Masak Lemak ikan Pari Bunga kantan

Masak Lemak ikan pari berbunga kantan ini ..lawan nya dengan sambal belacan ..ulam dan ikan masin..Makan kira tidak ingat lah ini..amboi hilang diet sekejap..ini la istimewanya lauk melayu kita ini.Perghhhhhhhhhhh terangkat beb..lepas itu cari bantal mendengkur..wow wow lemak pun tebal..itu yang kalau buat perangai aruah mak cakap siap engkau!!!..nanti2 lemak kau dah tebal erk nanti aku cedok lemak kau.... hahaha dialog aruah mak saya kalau saya buat perangai.. rindu sangat dialog ini..

Sekarang anak anak saya pulak..kalau time menyakat yakat ini..aduh  pening kepala sekejap.. darah rasa berderau je ..nak naik ..kita belum habis marah dorang dah baik adus!!! dah macam saya dengan adik saya dulu dulu.. ermm aruah mak kata ermm kalau bergaduh dah macam kucing dengan hotdog..hahahah kalau time baik ermmm macam nak masuk dalam kain opssssssssss hahaha kenangan paling mahal dalam kehidupan saya..

yelah dulu dulu kami bergaduh menyakat dan tidak puas hati .. tapi sekarang kami saling merindui sesama sendiri.tidak terluah dengan kata kata rindu ini ..hanya air mata menceritakan ...Pada adik saya MOHD NIZAM yang saya panggil abang..TERIMA KASIH..abang.. Kak Teh sayang abang..

Betik Muda Goreng Sambal Belacan..

Betik muda dulu dulu aruah mak saya masak bening masakan orang jawa taruh serai..dulu masakan yang paling saya anti sebab ada bau serai..hehehe masak bening saja ..hilang mood nak makan..mengader kan.
Resepi ini  dari adik ipar saya PUAN SARIMAH. ema,lauk memang sedap..terasa pedas dan kerangupan betik muda tu.. yummy terima kasih ema..kak teh  gatal gatal tambah udang hidup .
PUAN SARIMAH


Masakan ini senang sahaja..cuma buat SAMBAL BELACAN seperti biasa.hiris betik muda .panas kan minyak ..masukan udang  hidup kalau nak la dan hirisan bawang besar kemudian masukkan hirisan betik.kacau masukan sambal belacan,garam dan sedikit kiub ayam.kacau dan hidang kan.. nak lagi sedap taruh kan kacang tumbuk..







Kristal

ketika aku dok sibuk mengambil gambar bubur lambuk ..kucing ni pun sibuk mengondol minta di belai.
nasib baik suami saya time ni tidak ada maklum la time berkerja..jika ada amboi bising mulut nya.. faham jelah beliau anti kucing.akhir nya bahan prop aku udang yang di letak kan atas sudu merah jadi rezeki kucing ini.

Monday, April 25, 2011

Bubur Lambuk Visi Cik An..

Bubur lambuk paling sempoi.. rasa terbaek..resepi asal dari aruah mak saya ..sempoi rasa sebijik macam  bubur lambuk kampung baru..pasal bubur ini juga tercetus la kenangan saya bersama adik saya .. kalau dia menbaca pasti dia tersengih sengih ..
Jom kita tengok bahan bahan nya 
NASI YANG DI MASAK MENJADI BUBUR(msk bersama sup bunjut)
SUP BUNJUT
KACANG CAMPUR
UDANG HIDUP ATAU UDANG KERING DI TUMBUK HALUS
ISI AYAM
ISI DAGING
HIRISAN HALIA
LADA SULAH
KIUB AYAM 
SANTAN KELAPA
DAUN SUP DAN DAUN BAWANG
BAWANG GORENG
GARAM 
DAUN PANDAN
CARA CARA NYA
MASAK NASI MENJADI BUBUR BETUL2 BUBUR TU HANCUR CANTIK KEMUDIAN.MASUKAN SEMUA BAHAN BAHAN DI ATAS KECUALI DAUN SUP DAN DAUN BAWANG DAN JUGA BAWANG GORENG.KACAU MESRA DENGAN API DENGAN PERLAHAN ..RENEHKAN LELAMA SUPAYA ISI AYAM DAN ISI DAGING MASAK ..RASA LEMAK NYA DAN MASIN MENGIKUT CITARASA PUAN2.
SIAP HIDANGKAN HIASKAN BERSAMA DAUN BAWANG DAUN SUP DAN BAWANG GORENG.
TARAAAAAAAAAAA SIAP 
BISMILLAH DULU..


Di Awan Biru Bersama Burung Merah Putih..


Di awan biru melintasi dan menbelah awan nan biru..2 jam di dalam perut burung  merah putih ini.melintasi laut cina selatan.meninggalkan LCCT.berjaga pukul 3 subuh.burung terbang pukul 7.00 pagi..aduh letih nya..Terima kasih adik saya ,adik ipar saya dan anak saudara AIMAN HAKIM menghantar saya ke LCCT.kasihan mereka sekeluarga berkejar dari Kota Damansara ke Port Klang untuk menghantar kami sekeluarga ke LCCT.
Pasal rasa nak cepat je sampai mendarat buat2 la tidur ..buat2 la baca surat khabar..aduh tak sampai2 juga.anak anak saya kemain sedap menjamu selera ...
Justin Bibir ni juga anak dara saya minat.

Lempeng Kelapa

Lempeng Kelapa paling mudah..lama betul saya tidak buat..kebetulan terasa sangat nak makan pagi tadi.Itu yang plan nak buat lempeng kelapa ini untuk juadah makan malam kami sekeluarga untuk mengantikan capati menu rutin kami.semua nya saya tidak sukat main curah aje dalam bekas
BAHAN BAHAN(semua puan agak 2 ye sukatan nya.. mcm kita buat cekodok)
TEPUNG GANDUM
SEDIKIT SUSU CAIR
KELAPA PARUT PUTIH
GARAM
AIR 
CARA CARANYA
SEMUA NYA DI BANCUH.ADUANAN BIAR CAIR SUPAYA SENANG KITA NAK LAYAR PADA PAN ..SEBELUM ITU SAPU KAN SIKIT MINYAK ATAU BUTTER PADA PAN..
SEDAP DI MAKAN BERSAMA SAMBAL IKAN BILIS,KARI ,ASAM TUMIS.DULU SAYA SUKA CECAH DENGAN GULA.




Sunday, April 24, 2011

Kuih Keria

KUIH KERIA SEBELUM DI GORENG
         Bahan bahan
  • 500gm ubi keledek 
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula dan sedikit air 

SELEPAS DI GORENG
TARA!!!!!!!!!! SIAP DISIRA...
  1. Rebus ubi keledek hingga empuk.
  2. Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
  3. Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
  4. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
  5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  6. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.visi cik an..terap dengan acuan kuih donat.
  7. Petua tak nak bagi tangan melekat dengan aduan sapu tapak tangan dengan minyak
  8. Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
  9. Didihkan gula hingga pekat.
  10. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  11. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  12. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat. 

Kuih Ketayap

Resepi Kuih Ketayap
Bahan A
1 cawan tepung gandum
2 biji telur(saya tak taruh pun telor)
2 helai daun pandan
1 cawan air suam
1/2 cawan susu cair atau santan
1 sudu teh garam,
pewarna hijau
sedikit minyak utk disapu pada kuali
Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/jagung
Cara Penyediaan
 Untuk inti: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
    Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya.
    Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah.
    Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

 Untuk dadar :
 Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul.Tapis Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan masukan sedikit aduanan yang diwarnakan ke dalam botol muncung 3.picitkan diatas pan menbulat tunggu kering kemudian sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali  agar  adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung

Friday, April 22, 2011

Kari Ayam Kampung Berkerisik

Lauk tengah hari ini ayam kampung..masak kari berkerisik..seronok nya lihat suami dan anak anak saya makan..kemain berselera saya melihat mereka menikmati juadah ini bersama sayur sawi batang putih goreng..
Masakan ini seperti kita masak kari tanpa santan..cuma saya letak KERISIK..dan saya gantikan susu cair  sedikit untuk mengantikan santan kelapa.

Nasi Goreng Ulam aka Kampung

Nasi goreng ini ringkas mengingatkan saya pada aruah mak saya HAJAH SITI HAWA.walaupun ringkas tapi dari air tangan mak saya masak menjadikan nasi goreng ini begitu sedap sehingga di saat ini masih terbayang kesedapan masakan aruah mak saya.

MAK.....NOR RINDU PADA MAK...

Nasi goreng telah saya ubah sikit ..walaupun asal nya masih terasa..nasi goreng mak saya begitu mudah..tumbuk bawang,bawang putih ikan bilis.tumis ..masukkan nasi dan sedikit serbuk lada itam.yang menyedapkan ..di masak dengan kasih sayang...seorang ibu.. 
Kalau nasi goreng saya boleh dipanggil nasi goreng ulam atau nasi goreng kampung.

Bahan bahan
Nasi Putih lagi sedap nasi semalam
Bawang kecil *
Bawang putih*
Ikan Bilis *(ditumbuk halus*)
Telor digoreng hancur di ketepikan
Daun limau purut di hiris halus
Lagi banyak ulam lagi sedap cth daun pegaga.daun kaduk,kesum ,bunga kantan 
Serai di hiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
Garam dan Kiub Ayam

Cara cara 
Macam biasa kita goreng nasi goreng yang biasa..tumis bawang,bawang putih dan ikan bilis ditumbuk tadi..sampai naik bau..masuk kan nasi gaul mesra..masukkan garam ,kiub ayam dan serbuk lada hitam.
Masukkan semua ulam yang di hiris halus ..gaul sebati masuk kan telor yang telah digoreng hancur.
Selamat mencuba.. 

Wednesday, April 20, 2011

Kastard Peach

Lebihan buah peach tidak tahu nak buat apa..maka jadi la kastard peach rasa manis dan masam masam ok la sedap makan semasa kastard peach ini sejuk..Jom kita tengok bahan bahannya.

BAHAN BAHAN
1 CAWAN TEPUNG KASTARD
1 1/2 CAWAN GULA
1/2 CAWAN BUAH PEACH YANG DI BLENDER HALUS
1/2 CAWAN BUAH PEACH DI HIRIS HALUS
4 CAWAN SANTAN (1 PEKET SANTAN SERBUK)

Tuesday, April 19, 2011

Capati Quaker

Petang ini buntu rasa nak masak untuk juadah makan petang maksud nya makan malam kami sekeluarga sebab semenjak pindah tinggal di sarawak..waktu rutin tidur dan makan kami sekeluarga turut berubah kerana di waktu di sarawak awal sejam suasana nya.. pukul 6.00 pagi terang nya macam pukul  8.00 pagi di semenanjung.Berjanji dengan suami saya nak masak Mee Hun sup tapi gatal pulak rasa nak menukar menu.
Jadi lah menu Capati BerQuaker.Jom Kita tengok bahan bahan nya yang sempoi lagi berkhasiat
Bahan bahannya
1 Mangkuk tepung atta
1 Mangkuk tepung gandum
1/2 mangkuk Quaker (multigrain cereal)
sedikit garam
3 sudu besar susu cair (jika tiada pun tak kisah)
air suam secukup untuk mengadun.

Cara caranya
masukkan semua bahan diatas di dalam mangkuk..adun menjadi doh .canai kan menjadi bulat dan bakar.seperti kita menbuat capati.mudah kan..
Selamat mencuba..sedap di makan bersama kari,dhal,sambal sardine..




Monday, April 18, 2011

Ya Allah Berikan Hamba Mu Ini Kekuatan..

Telor Bistik

Bahan2nya:-
2 biji telur – digoreng dadar campurkan sedikit isi ayam cincang dan lada sulah
50 gram isi ayam – dicincang
1 biji bawang besar – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 biji lada merah dan hijau – dihiris
2 sudu mkn sos cili
2 sudu mkn sos tomato
1 sudu sos tiram
Sedikit tepung jagung ditambah sedikit air utk memekatkan kuah
Sayur campur
cendawan butang di rendam dan di hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
sedikit lada hitam
Sedikit minyak utk menumis

Cara2nya:-
1. Panaskan kuali, masukkan isi ayam, masak sehingga separuh masak, masukkan bwang bsr, putih, lada merah dan cendawan butang
2. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masukkan pula sayur campur.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan perasakan dgn garam dan gula secukup rasa, setelah pekat kuahnya tuang bahan keatas telur yg telah siap didadar tadi. Siap untuk dihidang.

Saturday, April 9, 2011

Puding Peach

Puding peach saya buat untuk buah tangan ke majlis hari jadi anak jiran saya..sambil majlis suai kenal dikalangan jiran2 di tempat tinggal baru 3 bulan saya tinggal di sini semenjak saya berpindah di BINTULU. 
Resepi ini dari cadangan dari kawan baik saya di KR iaitu Kak ANA INA.
Terima kasih kak ana.. jom kita tengok cara2 saya yang paling ringkas ..
Bahan bahan
agar agar tali 1 peket
buah peach 1 tin
gula ikut cita rasa
susu cair setengah tin
air untuk sukatan dari plastik agar tu juga
 Cara cara nya 
masak puding seperti kita masak  agar agar.saya x blender buah peach cuma saya potong kecil kecil.supaya terasa sedap masa kita makan.

Peria masak kari

Bahan bahan
Peria di potong kecil
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Daun Kari
Sedikit halba campur.
sedikit serbuk kari di bancuh air sikit.
Garam dan sedikit kiub ayam
cara cara
Tumbuk bawang merah,bawang putih,ikan bilis
Pijar kan sedikit minyak.masuk kan halba campur,daun kari dan masuk kan bahan yang telah ditumbuk tadi.
 masukkan rempah kari.garingkan  masukkan sedikit air dan peria. gaul sebati ..taruh garam dan sedikit kiub ayam sikit.masak sehingga peria jadi lembut dan hidangkan..

kacang Panjang Goreng stail India

Bahan bahan.
Kacang Panjang
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Daun Kari
Sedikit halba campur.
Cili kering di potong 4
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan sedikit kiub ayam
cara cara
Tumbuk bawang merah,bawang putih,ikan bilis
Pijar kan sedikit minyak.masuk kan halba campur,daun kari dan masuk kan bahan yang telah ditumbuk tadi.
garingkan sedikit masukkan kacang Panjang masukkan sedikit air ,cili kering dan serbuk kunyit.gaul sebati ..taruh garam dan sedikit kiub ayam sikit.

Taugeh Goreng stail India mari..

Taugeh Goreng paling simple dan sedap makan time masih panas..
Bahan bahan.
Taugeh Rm 1.00
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Daun Kari
Sedikit halba campur.
Cili merah di hiris
Sedikit serbuk kunyit
Tahu dipotong kecil
Garam dan sedikit kiub ayam
cara cara
Tumbuk bawang merah,bawang putih,ikan bilis
Pijar kan sedikit minyak.masuk kan halba campur,daun kari dan masuk kan bahan yang telah ditumbuk tadi.
garingkan sedikit masukkan taugeh masukkan sedikit air ,cili hiris dan serbuk kunyit.gaul dan masuk kan tahu yang telah dipotong kecil. gaul sebati ..taruh garam dan sedikit kiub ayam sikit.

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...