Sunday, June 19, 2011

Hari Bapa

Selamat hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa,ayah ,walit,babah apa sahaja gelaran pada  insan yang paling kita sayang ..tiada ayah dan ibu tiada lah juga kita di dunia ini..
Babah saya seorang agak low profile orang nya tapi sangat berbakat dalam muzik .banyak alat muzik yang beliau mahir. seorang sangat kreatif .tekun dalam perkerjaan bertanggung jawab serta amat mementingkan masa.sehingga kami adik beradik mengikut jejak beliau amat bertanggung jawab pada perkerjaan dan menepati masa.banyak perwatakan babah saya warisi dalam diam.selain perwatakan dan bakat mak saya.. (berlinang air mata saya ketika blog ini saya tuliskan sebak dan rindunya pada kedua dua aruah mak dan babah saya.)
Semalam Hari Bapa diraikan sederhana untuk meraikan Hari Bapa.khas buat suami saya diraikan oleh anak anak saya alif hezrey dan nur azrina untuk papa nya..seronok dalam sendu sebab saya dan suami keduanya telah kehilangan bapa ...

selamat hari bapa juga buat adik saya Mohd Nizam Bin Shariff  ayah kepada Aiman Hakim.selamat hari bapa ....

No comments:

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...